Wednesday, 17 October 2012

. . . Harga Organ Manusia . . .

Hai Reader!
Seperti yang aku dan korang semua tahu, isu perdagangan manusia makin menjadi-jadi. Masih selamat ke Malaysia kini? urhhh.. semakin hari semakin menjadi. ada yang sanggup membunuh kanak-kanak untuk penjualan organ, mana letaknya hati korang? sampai ke hati korang tengok budak-budak bunuh tanpa dosa? Ya Allah....

Aku malas nak bebel panjang, masa aku tengah jalan-jalan kat Google Street tadi, aku terjumpa maklumat ni. Korang baca lah sendiri ok, market price for organ-organ.
tak mampu nak menulis, sebak rasanya.


Wednesday, 10 October 2012

. . . Pil Perancang Dan Aunty! . . .

Hai Korang!
Korang tengah buat apa tu? Hope so sihat sentiasa la kan. Sekarang tengah musim la kan...

Today is Wednesday kan? serius aku memang tak reti nak pendek-pendek kan entry.. So, here is my next story.. happy reading yeah!

"PIL PERANCANG UNTUK MAKCIK???"


Seorang makcik yang sudah berusia memasuki bilik doktor. Ketika doktor bertanya maksud kedatangannya, makcik itu menjawab, "Doktor, saya ingin membeli beberapa pil perancang keluarga!"

Sambil menahan tawa, doktor itu bertanya, "Makcik kan sudah lanjut usia, untuk apa makcik membeli pil perancang lagi?"

"Oh, pil-pil itu dapat membuat makcik tidur dengan nyenyak di malam hari."

"Macam mana boleh jadi begitu?"

"Betul, doktor. Setiap pagi saya mencampurkan pil itu ke dalam jus oren anak perempuan saya yang sudah dewasa. Dan di malam hari, saya dapat tidur dengan nyenyak."


P/S : Korang faham tak maksud makcik tu? #RoFL

Tuesday, 9 October 2012

. . . "Aku Dan Kau" Sopan ke? . . .

Hai Kawan-kawan..

Korang apa khabar? harap sihat la kan..sekarang ni tengah musim kan demam kan.. banyak-banyak la minum air, bukan coke jauh lagi float A&W ok! tapi air kosong.

Hmmm..hari ini tiba-tiba aku teringat kat arwah nenek, al-fatihah untuk nenek dan atok aba kat sana ya... -_-

Kalau nenek masih ada, mesti dia marah aku cakap "aku-kau" nenek memang pantang..tak tau kenapa, sebab nenel tak pernah jelaskan, dia cuma akan jawab "semua orang cakap ada sebab" itu je jawapan nenek... well, kalau dalam blog pun nak guna 'kite-awok' or 'i-u' memang kena Boooooo~ kot...

Sebagai orang malaysia, aku rasa penggunaan 'aku-kau' dah bukan lagi sesuatu yang baru kan? dah biasa dah. Mula-mula masa aku nak belajar guna 'aku-kau' memang susah sangat.. rasa macam terbelit-belit lidah.. btw,aku tersangat lah jarang menggunakan perkataan itu, perkataan aku dan kau akan keluar bila aku marah and dengan orang yang mengunakan aku dan kau dengan aku..erkkk..korang faham kan?

Bukannya apa, kita kena sesuaikan diri dengan suasana sekeliling kan? orang dok guna 'aku-kau' takkan tiba-tiba kau nak guna 'awak-kite'? memang kena chop gedik punya nanti. tak salah sebenarnya nak guna 'awak-kite' sebab nampak lebih sopan kan? if kalau tak nak nampak "poyo" kotrang boleh je panggil nama orang tu. sebagai contoh macam aku ngan makcik ct.. aku tak guna 'aku-kau' dengan dia, tak selesa. so,aku panggil dia "makcik or ct" nama komersial..karang aku panggil nama penuh..memang melampau kan? hahahaha....

Ok, sampai sini saja.. aku dah tak larat nak membebel dalam bentuk tulisan. Sekian. Thanks reading.

Wednesday, 3 October 2012

. . . Dah Lupa Cara Bercinta . . .

Hai Reader,
First at all...rindunya nak menulis entry kan...jari-jari ni dah makin tembam sebab tak exercise :'(

Entry hari ni..agak pelik bagi aku jugak..bagi korang tak tau la....korang mesti kenal makcik ct kan?kawan susah senang aku time kat office a.k.a banker kedua aku after mem besau! hohoho...

"Makcik (aku), siti dah lupa cara nak bercinta..seriously! "

Kisah benar ok, aku baru dengar dalam 30 minit yang lepas. aduhai makcik, mula-mula memang la nak gelak je...tapi nanti makcik ct tertouching lak... agak-agak korang la... boleh kah situasi diatas boleh berlaku..

Jawapan aku? semestinya boleh! hahaa..nak tau kenapa? fikirlah sendiri...or korang tanya kat makcik ct..PM aku ok? nanti aku boleh bagi pesbuk makcik ct kat korang...

Well, aku tak salahkan makcik ct kalau dia terlupa...kita ni manusia biasa kan? even benda simple pun kita boleh lupa...inikan pulak benda yang berkaitan dengan hati manusia....

To makcik :-

Makcik, kita doakan yang terbaik untuk anda ok? hope one days, makcik akan jumpa jodoh yang terbaik...let's be the better person together! 

Korang macam mana pulak? korang rasa bercinta selepas nikah lagi ok or tidak?


Monday, 1 October 2012

. . . Untuk Mama . . .

Hai Reader, Entry kali ni agak peribadi tapi aku still nak kongsi dengan korang..
Hmmm...hati aku resah gelisah since malam tadi, aku tak tau kenapa...

Mungkinkah apa yang mem besau luahkan malam tadi membuatkan hati aku masih terusik hingga kini? entah lah......

" tak terbuka or tersentuh ke hati kakak tu bila tengok am ni?"

Untuk Mama a.k.a Mem Besau :-

Ma, tipulah akak if akak cakap tak sikit pun hati akak tersentuh, akak tau apa yang mama maksudkan..tapi akak tak boleh nak buat keputusan..biarlah waktu yang menentukan...akak kosongkan hati ini dan hanya Allah yang ada kat dalam hati ni ma, insyaAllah...akak percaya...if dia ditentukan untuk akak..sebenci mana pun akak kat dia....kami still boleh bersama...mama selalu cakap kan....rahsia Allah tu satu keajiaban yang tak kan pernah terlintas dek akal manusia?

Kepada kawan-kawan yang tau cerita aku dengan dia, thanks yeahhh... jangan risau takkan aku menangis nya tengok Si adam ni...ahahahaha...aku pun dah jatuh hati kat adam mukhriz ni oke..ingat korang jewp? kalau lah ada Mr Pilot yang macam ni, dup dap dup dap jantung aku weyyy.... hahahahaaa...

Oklah, sorry ya...kalau tak suka dengan entry aku kali ni..aku tak mampu nak cakap depan mem besau, taknak kecewakan dia..so,aku menulis...dengan harapan lega sikitlah gelisah kat hati aku ni....


Monday, 10 September 2012

.. Ops! Kekasihku suami orang . . .

Hai Readers,
Dah lama rasanya jari-jari runcingku ini tak exercise untuk menaip entry. Pelbagai masalah yang timbul dan terpaksa aku settle kan.

Entry hari ini, aku nak share pasal LOVE STORY but! bukan sebarangan LOVE STORY ok.

"Opssss..kekasihku suami orang"


Sebagai seorang perempuan, aku turut merasa terpukau dengan apa yang terjadi. kenapa ramai wanita sekarang lebih berminat kepada lelaki yang sudah mempunyai tittle "HUBBY"

Adakah kerana lelaki yang sudah mempunyai keluarga lebih memahami isi hati wanita? 
Mungkinkah??

Wahai lelaki-lelaki yang masih bujang, bangkitlah~ aku mohon, bukankah setiap Hawa tercipta dari Adamnya? 

Pesan aku, kepada wanita yang mempunyai dilema seperti didalam entry aku ni, fikirlah tentang masa depan? korang sanggup ke nak share everything?ikhlas ke hati korang nak berpoligami?sakitttt wooo....

Aku menulis bukan sebab aku nak shoot siapa-siapa...aku cuma nak luahkan rasa hati aku ni. fikirlah.

  • Anak-anak dia yang masih kecik.
  • Hati isteri dia even ko tak pernah kenal wife dia




Cinta memang indah, cinta itu juga buta tapi korang sanggup butakan mata dan hati dan perasaan korang demi satu rasa yang sangat menyakitkan?



Satu perkataan je yang aku boleh tulis... FIKIRLAH.......

Sunday, 26 August 2012

. . . Wanita Malaysia Ranking Ke 3 Curang Di Dunia . . .

Osh my gosh! Pagi-pagi lagi aku dah dengar topik yang sangat HOT & SPICY ok..

okok, aku rasa korang pun dah baca paper kan? #whew~ 

"39% perempuan malaysia curang berbanding 33% lelaki malaysia curang"

Betul ke? macam mana dorang buat kajian? aku nak tau gak..ini tiba-tiba keluar statement macam ni..panas beb! haizzz...

Bagi aku, perempuan takkan CURANG if LELAKI tak start dulu..pendapat korang? ini pendapat aku la..if korang nak kick aku, silalah kick diruangan komen ok? tak kisah la =p


BETUL KE PERATUS LELAKI DIMALAYSIA CURANG HANYA 33% ??????