Showing posts with label gedik. Show all posts
Showing posts with label gedik. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

. . . Pavilion vs Carrefour . . .

Kenapa aku pilih "CARREFOUR"
semestinya sebab barang-barang kat situ mempunyai harga yang berpatutan kan?
kenapa? salah ke? yang kau pandang aku macam tu kenapa?

"pe barang, gaya dah macam PARIS HILTON tapi shopping kat carrefour je, PAVI la babe!"
dengan muka yang pelik, memandang aku dari atas kebawah.
Dalam hati aku, budak ni memang tak sayang mulut. aku tengah puasa ni.

kepada kawan yang tersayang, fyi~ aku memang suka PARIS HILTON but bapak aku bukan nya datang dari HILTON FAMILY. somemore,buat apa nak shopping kat PAVI tu? harga dia 5 kali ganda dengan harga carrefour,giant,tesco,econsave dll ok.

Kita ni sebagai manusai tak perlu la nak bangga diri if kita ni senang pun, selagi boleh jimat..sila lah jimat..duit untuk disimpan bukan untuk dihabiskan time tu jugak. nanti kalau dah tau? takde duit, macam mana? fikir guna otak ok?

sapa yang tak tau PAVI yang dikatakan itu apa :-





If untuk lepak or hang out dengan kawan-kawan aku boleh gagah lagi la kesini itupun NOT ALWAYS. tapi if setakat aku nak beli lingerie, toiletries, baju tidur..aku prefer carrefour lagi. SERIOUSLY ok. 

Buat apa nak berlagak kan? kepada kawan yang berfikiran pelik tu, silalah fikir balik. sekali masuk PAVI tu. paling kurang aku kena bawak RM300 untuk makan SAHAJA. kalau shopping kat MNG?POLO?ZARA?TOPMEN?ORANGE? korang agak-agak berapa banyak pulak aku kena bawak? Botak bapak aku weh..

Duit if hari-hari kena kikis...gunung pun boleh jadi rata kan?
Please be CLEVER la...

Wednesday, 13 June 2012

. . . back to school . . .

Rutin harian aku pada hari minggu...
Menemankan mem besau ke pasaraya pilihan hatinya...ada tiga je pun..muka mem besau memang orang semua dah kenal..termasuk personal assistant mem besau "AKU LAH!" arhhhhh..kenapa perlu aku?kenapa?kenapa? cukup...jangan terlalu beremosi..

Bermula pengembaraan aku dengan menolak troli, aku pandang kiri dan kanan..line clear! wehuuuu...taraaaaaa..fikirlah sendiri apa yang aku buat.. ]:)

mata mula memerhatikan keadaan sekeliling...pergi ke pasaraya pada pagi yang hening...dimana makcik-makcik cleaner baru nak keluarkan penyapu dan mop....dimana bangla-bangla baru nak mula susun barang..abang-abang misai (pak guard) yang gagah perkasa tengah escort cashier kehulu kehilir..dalam otak aku berfikir..ada ke pencuri or penyamun bangun pagi? erkkkkk...advised please...

hahahaa..mangsa pertama...ada budak pandang "keret" kat aku...eleh...jelous la tu! tengok aku boleh main troli sedangkan mereka??? mereka hanya mampu duduk ditroli itu dan bergerak apabila si ibu menolak mereka sahaja.. "sorry dik..akak menang.." sambil buat mukan yang menjengkelkan...aku blah! sebelum budak tu menangis..

Disatu sudut...
aku nampak ikan keli berhimpit-himpit dalam tong...erghh! semak...semak!
aku faham perasaan mereka semua, misai berlaga antara satu sama lain..berlengas..ada yang berbau...erh! ibarat rambut kawan kita yang panjang melibas muke kite..apa korang rase? kurang hajar! opssss...kawal emosi....

Ikan beku yang disusun, kenapa pandang aku tak berkelip wahai ikan? loser..yeah..betul...tapi itulah perasaan aku pada ketika itu...seriously...hanya mereka lah tempat aku berhibur dan menumpang kasih...hurm..tet! cukup...aku membelek dari satu ke satu ikan yang lain..memerhati jenis dan saiz mereka semua..

Mata aku tertarik pada satu ikan yang sangat cantik..berwarna merah dan mempunyai mata yang bersinar-sinar..ikan ni makan innershine ke? ishhhh...dengan riak yang tidak puas hati..aku menyentuh mata ikan tuh....eiiyerkkk! geli weh,...hahahaha...sumpah aku geli pegang mata ikan macam tuh,...naik bulu roma beb...aku pun gelak sorang-sorang...

Jauh disudut sayur-sayuran, aku baru perasan ada satu pakcik memandand daring kat aku....huiyo! gila lah....pakcik ni pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup...ya,aku admit....memang aku buat salah...aku cuba mencederakan fizikal ikan tu tapi ikan tu senyap je...kan dia dah mati kan? kesian kau wahai ikan....comel-comel swimming kat laot akhirnya tumpas ditangan pakcik nelayan...

aku menurunkan pandangan simpati kemata ikan yang cantik tu...aku pandang je mata dia...tapi tak berkedip pun..aku rasa kalau mata ikan tu berkedip...aku orang pertama yang lari sambil azan kot...aku tengok pakcik tu dah berlalu....yes! peluang...

Aku timbus kan ikan itu dilautan air batu parut sampai tak nampak sikit pun ikan tu punya badan...sorry, aku kuburkan kau kat sini...itu tanda aku marah...dan aku meneruskan perjalanan...

Ok, aku nak stop dulu..next time aku citer lagi...aku nak layan lagu adele...wehuuu!