Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Monday, 9 July 2012

. . . Bila Ramadhan Menjelma . . .

Salam reader! dipetang yang agak suam-suam kuku ni...cuaca yang tak menentu..awan berarak meninggalkan serpihan-serpihan daun yang sedang enak bertaburan....
(bahasa pujangga youuuu...)

Seperti yang korang semua tahu,bulan puasa akan tiba lepaaasss tuh....RAYA!!!!
yeah..kepada sesiapa yang tak ganti puasa lagi tuh..sila-sila lah ganti ya...kalau dah sampai tahun depan..aku rasa korang dah tak larat nak mengganti.. ~_~

Time bulan-bulan pose...apa yang korang ingat? hahahaha...

PENGUMUMAN ANAK BULAN RAMADHAN

Ini yang pertama,dari aku kecik sampailah sekarang...pakcik ni lah yang aku tggu,even tiap-tiap tahun muka sama..tapi tak boring..nenek aku ajar aku..
"macam mana sibuk pun kita,kena tengok pengumuman puasa..takut tahun depan xdapat tengok dah"
wahhhh....sedih lak tetibe, kepada Puan nenek...dont worry...sejak nenek tinggalkan akak..tak pernah sekali pun akak lupa tengok pengumuman ni...ok, stop..nanti aku nagis karang...


JEJAL RASUL KAT TV3


Inilah rancangan yang paling berpekdah dan boleh melupakan rasa kelaparan dan kehausan aku masa kecik-kecik dulu, feeling tengok jejak rasul ni kira boleh kalah lah ustazah aku yang mengajar subjek SIRAH kat sekolah agama dulu...ni legend weh....hope so, this ramadhan TV3 maintain rancangan ni...better dari tengok rancangan masak-masak yang boleh buat aku rasa nak berjalan pergi kepeti ais meminum air soya yang tengah sejuk mengoda....fuhhhh..

IKLAN HO HO HO! HORLICK ;')

 
Korang mesti pernah tengok iklan Liza Hanim kan? cute gila iklan tu..nampak macam 'happy family' amin....tetapi! kerana iklan tu juga lah...adik aku jadi over demand...ditolaknya milo aku mentah-mentah..pelbagai alasan yang diberikan dapat kutepis dengan padu..sehinggalah...
"kakak, bibi tu kan adik..ikutkan je, dia pun baru nak belajar puasa"
Cehh! guna politik....so,tugas aku pada setiap ramadhan adalah membancuh air horlick dan kemudian bertukar posisi ketangga sampai memegang jug air berisi horlick...tujuan?nak bagi bau horlick tu masuk kebilik "bibi"..annoying kan? well,pengorbanan oke..bukan senang jadi kak yong...

And the last one, korang pernah dengar tak 
"time bulan pose,setan kena kurung..hantu kena kurung.."
yeahhh..itu jugak lah yang aku pegang sampai hari ini, nak kata mitos tak jugak sebab ada hadis yang sahih menyatakan kan...
 
Banyak lagi yang aku tak masukkan...Bazar ramadhan..mercun...meriam buluh vs meriam besi...tarawih...selipar kena curik....orang tagged-tagged gambar baju kurung,shawl,kuih raya etc kat facebook...letih aku nak remove wehhh...aku appreciate tapi jangan lah over sangat ya?

:: THIS IS FOR YOU GUYS ::


P/S: Selamat menjalani ibdah puasa, tahun ni aku berazam takkan melangkahkan kaki kebazar...takut berlakunya pembaziran... <(~_~)>

Friday, 6 July 2012

. . . Mamak stall or ? . . .

Today entry aku nak tulis pasal "KEDAI MAMAK"..

. . . KENAPA AKU PILIH KEDAI MAMAK . . .


Yeah...aku mengaku ramai kawan-kawan aku yang pelik....

"ang ni pompuan! pi balik lepak rumah,tolong mak ang masak lagi bagus..dari ang dok kat sini"

Oppppssss..bahasa anda memang agak kurang sopan kerana beradanya saya disini,sana atau dimana-mana atas kebenaran Incik Babah & Mem Besau! So,suka hati akulah..aku nak lepak 8jam sehari ke...masa aku,duit aku...ishhhh....tak kurang pula dengan kata-kata sebegini..

"alin,kenapa kau suka sangat makan kat kedai mamak? kan best makan tomyam ke..."

Tet! tomyam pedas ok..aku ni tak boleh makan pedas..if makan pun cuit-cuit makcik CT nye...dah favourite aku makan kat mamak...ok, nak tau kenapa aku suka makan kat mamak?


MENU

Korang perhati kat kedai mamak...korang tengok betul-betul...betapa rapinya susunan menu yang disediakan,harga yang berpatutan dan agak kurang mengecewakan...

MASA

Once melangkah masuk je kedai mamak, confirm ada baia yang terkial-kial mengejar korang...ikut korang kehulu kehilir mengalahkan korang tu Paris Hilton. baru nak duduk and tarik nafas..
"minum apa bos?"
hahahah...kalau tak caye..cuba lah korang masuk kedai mamak mana-mana pun...service sama dimana-mana...

LAYANAN

Al maklumlah...untuk orang yang agak cerewet macam aku ni..aku suka mengambil masa yang panjang untuk pemilihan menu...kalau aku pergi kedai tomyam, aku perhatikan muka adik-adik yang ambik order tu...macam nak makan aku je..kedutan didahi pulak seakan-akan menulis..

"lembab r pompuan ni!"

Ye,aku seorang yang cepat terasa kadang kala...bukan selalu kala ok...
Manakala bila berada dikedai mamak, baia-baia itu akan menunggu dengan penuh senyuman dan tertib walaupun didalam hati mereka

"^%&%&^%!@#^(!(@^!&(#%!#!(!^&!&"
mana aku paham dorang cakap bahasa dorang kan? ;'(

WIFI FREE

hahahaaaa...ni jugak salah satu tarikan untuk aku lepak disana,tambah-tambah time study dulu...if broadband dah kena block,di kedai mamak lah tempat aku mengadu nasib..thanks mamak!

24 HOURS

Paling terbaik...port cantik...makanan sedap...apa lagi kan? kedai melayu selalunya open 12hours je kan? sebab nak save gaji staff katenye....bagi aku,time malam buta lah ramai anak muda yang kelaparan...terutama macam aku ni...aku memerlukan makanan apabila perasaan kecewa,tertekan dan terlalu gembira melanda..

Aku dah! korang macam mana? if korang ada nak tambah pape..or nak cuci aku..dipersilakan...masing-masing ada pendapat kan...

Oklah, chekidautttt..

Thursday, 10 May 2012

. . . PenGorbaNan . . .

hye reader!
im back..sorry sangat-sangat..busy kerja..erkkk~busy kew? hahaha..

hari ni aku nak share something..aku tau..aku tak perfect mana..aku akui yang aku masih lagi belajar..belajar nak meniti titian hidup aku...belajar untuk bangun selepas terjatuh..yeah~maybe,sekarang ni aku ada Incik babah and Mem besau untuk jaga aku..but sampai bila?

Bila susah sikit nangis..masuk meeting dengan mem besau..asal takde duit sikit..Incik babah bagi..yes! memang betul..aku agak manja dengan family aku even aku anak first (kak long) sekali pun..to adik-adik aku..wekkk!! :P jangan jelous...hahahhaahah (gelak jahat)

So,aku nak ucap kan thanks a lot pada family dan kawan-kawan rapat yang ada dalam hidup aku..yang tengok tongeng terbalik hidup aku..macam mana aku merangkak balik untuk berjalan dengan betul...wahhhh..touching ni...

kepada yang tak puas hati ngan aku..aku mintak maaf..kata lah apa korang nak kata..aku terima..aku redha..aku tau korang baca blog ni even korang tak komen sekali pun...hehehe..thanks ye~coz sudi melawat blog aku yang baru nak hidop ni...

last sekali...if nak kutuk aku..kutuk la...tapi jangan libatkan family aku..semua yang aku buat dulu tu..family aku tak terlibat pun..family aku tak pernah ajar aku..Mem besau  tak pernah cakap.. "kakak pergilah clubbing..enjoy la sikit! enjoy ur life,dear!" hah! memang tak la Mem besau nak cakap cam gitu..

ok lah,aku rasa kat sini dulu kot aku stop..aku nak buat kerja lain la...nak balik!!