Showing posts with label drama queen. Show all posts
Showing posts with label drama queen. Show all posts

Monday, 5 November 2012

. . . Drama Before Kahwin By MatLutfi90 . . .

Hai Reader's!
Wahhh..sekarang ni cuti sekolah kan? bulan 11 dan 12 adalah bulan yang penuh dengan majlis-majlis perkahwinan! kenduri babe... i like..gemuklah kita #makcikCt hohoho...

So,topik untuk entry kali ni adalah, drama-drama sebelum kahwin! haaaa..jangan ingat senang ok nak kahwin. so, aku nak share video #matlutfi ni dengan korang ok. layannnnn...


mamat ni bercakap tentang kehidupam sebenar bukan fairytales story ok? sebab tu ramai yang boleh layan video dia. yang dislike tu jelous la tuh! hahahahaa ^_^

To u ols yang nak kahwin tu, selamat berkahwin ok? :')

Tuesday, 31 July 2012

. . . Kisah "Mak" jemah yang hilang . . .



Pagi tadi aku dah pelik tengok kawan aku yang sorang ni mundar-mandir kat belakang aku, ishh! tak senang hati aku yang tengah membaca status-status terbaru di pesbuk.

Muka dia dah macam hilang punca..nampak pucat seolah-olah darah dalam badan dah habis disedut oleh sang vampire yang durjana!

"kau ni nape jemah?' Jemah ni budak kedah, tua dua tahun dari gua..mekap tebal kalah rozita che wan. Tengok macam kesian nya mukanya tapi kalau tengok lama-lama memang menyampah. ahahhhaaa..aku gurau.

"Mak aku hilang lah alin" dengan sepantas cahaya, muka aku turut berubah..terherot-herot muka aku kehairanan.

"hah! bila mak kau hilang? dah cuba cari?" aku terus tembak jemah dengan soklan-soklan yang takkan bagi chance dia nak bernapas.

"petang semalam..dah merata aku cari...tak jumpa la..aku tak tau nak buat apa lagi" nada seakan-akan nak menangos weh..percayalah cakap aku..

fuhhh..kesian...siapa tak risau if mak ilang...kalau mak aku hilang...macam mana la kan...

Jemah berlalu ke dept. human resources. "nak ambik cuti la tu, biarlah dia perlukan masa untuk cari mak dia" sambil mengelap titis-titis mutiara yang jatuh.

Kira-kira lima belas minit kemudian, aku nampak muka jemah berlari-lari ayam masuk kembali ke dept. kami, muka ceria gila. senyuman dibibir menceritakan segalanya.

"mak aku dah jumpa!" kelegaan jelas terpampang dimuka jemah.

"alhamdulillah.....jumpa kat mana? mak ko ok tak?"

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni pelangi yang tiada belas kasihan pada gua, Jemah membalas padu :-

"dalam sinki pantry..."

Korang dapat bayangkan muka aku time tuh? *#*(&#^@*#^@#^(!

"Mug la weh! bukan mak! pronunciation macam jahanam!" baik aku angkat kaki sebelum kaki aku naik kemuka jemah.

Sia-sia aku nervous pagi tadi. -..-


"ATTENTION ALL :-   INI ADALAH MUG not MAK or MARK"




Wednesday, 7 March 2012

. . . aku + orang tua-tua kata?? . . .

hye all!
bosan dow arini kat office..kerja aku sumer dah setel,so daripada aku terkedip-kedip mata tengok scrin pc aku ni..better aku menulis kan?

ok,first at all..korang pernah dengar tak pasal petua orang tua-tua yang agak pelik?just like..jangan menyapu separuh jalan?anak dara tak boleh duduk kat tangga?and so on la kan..and aku baru dapat tau satu lagi petua ni..masa aku balik kampung aritu...

disuatu petang yang hening kat rumah nenek aku,sikit punya aku tengah melayan ayam goreng yang sangat-sangat enak dan panas..crispy lagi tu..makcik aku menerpa kearah aku! wah..dah macam filem action..hahahaaa..dan kemudian Puan makcik berkata sebegini "eh! anak dara tak boleh makan kepak ayam..." erkk..aku buat muka pelik sambil berfikir..pusing-pusing otak aku cube beringat..berundur dan terus berundur untuk mencari kepastian..lalu menjawab.."kenapa pulak?mama tak penah bagitau akak pun..sila berikan sebab?"tapi Puan makcik yang tak berhati perut terus merampas kepak ayam yang berada ditangan aku lalu memakan nya dengan penoh kekejaman~cis! melampau betul...apa logiknya beliau berkata begitu?

aku memang pelik..kadang-kadang aku berfikir..atas dasar apakah petua dibuat?kalau petua dibuat hanya untuk mengingatkan tak ape la..ni petua yang makcik aku cakap tu..aku tak pernah dengar langsung..korang pernah dengar tak?aduhai..aku dalam kekeliruan ni..

P/S: aku nak pergi cari kat google sejarah bermulanya segala petua or kata-kata orang tua! (xpuas hati -_-')