Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Wednesday, 17 October 2012

. . . Foam Party For Child . . .

Salam yeah to my lovely reader.
Korang pernah tak dengar bout "Foam party" or "Bubble Party" kepada sesiapa yang pernah menjadi kaki clubbing, confirm benda tu dah a bit familiar kan? kite tengok sikit gambar dulu ok.



Ok, memang la foam party ni agak safe for child kan? but...how with their mind and eyes?? oushmygod.. benda macam ni tak patut valid for a child. If adult pun tak boleh control their self ok.

Aku malas nak tulis panjang-panjang, just nak tanya pendapat korang.. bagi korang, patut ke kanak-kanak diberikan pendedahan macam ni??

aku share lagi beberapa gambar "Foam Party" ya.. Fikirkan lah...



Tuesday, 31 July 2012

. . . Kisah "Mak" jemah yang hilang . . .



Pagi tadi aku dah pelik tengok kawan aku yang sorang ni mundar-mandir kat belakang aku, ishh! tak senang hati aku yang tengah membaca status-status terbaru di pesbuk.

Muka dia dah macam hilang punca..nampak pucat seolah-olah darah dalam badan dah habis disedut oleh sang vampire yang durjana!

"kau ni nape jemah?' Jemah ni budak kedah, tua dua tahun dari gua..mekap tebal kalah rozita che wan. Tengok macam kesian nya mukanya tapi kalau tengok lama-lama memang menyampah. ahahhhaaa..aku gurau.

"Mak aku hilang lah alin" dengan sepantas cahaya, muka aku turut berubah..terherot-herot muka aku kehairanan.

"hah! bila mak kau hilang? dah cuba cari?" aku terus tembak jemah dengan soklan-soklan yang takkan bagi chance dia nak bernapas.

"petang semalam..dah merata aku cari...tak jumpa la..aku tak tau nak buat apa lagi" nada seakan-akan nak menangos weh..percayalah cakap aku..

fuhhh..kesian...siapa tak risau if mak ilang...kalau mak aku hilang...macam mana la kan...

Jemah berlalu ke dept. human resources. "nak ambik cuti la tu, biarlah dia perlukan masa untuk cari mak dia" sambil mengelap titis-titis mutiara yang jatuh.

Kira-kira lima belas minit kemudian, aku nampak muka jemah berlari-lari ayam masuk kembali ke dept. kami, muka ceria gila. senyuman dibibir menceritakan segalanya.

"mak aku dah jumpa!" kelegaan jelas terpampang dimuka jemah.

"alhamdulillah.....jumpa kat mana? mak ko ok tak?"

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni pelangi yang tiada belas kasihan pada gua, Jemah membalas padu :-

"dalam sinki pantry..."

Korang dapat bayangkan muka aku time tuh? *#*(&#^@*#^@#^(!

"Mug la weh! bukan mak! pronunciation macam jahanam!" baik aku angkat kaki sebelum kaki aku naik kemuka jemah.

Sia-sia aku nervous pagi tadi. -..-


"ATTENTION ALL :-   INI ADALAH MUG not MAK or MARK"




Wednesday, 25 July 2012

. . . 10 perkara yang buat aku geram . . .


 Hye Reader..
Alhamdulillah....dah masuk ramadhan ke enam...aku masuk je office, aku nampak gambar kat fb yang buat aku macam excited nak tulis entry hari ni....opsssss..panjang lebar lak introduction aku...

Entry hari ni nak citer pasal "10 rude malaysian habit" seriously, bila tengok gambar ni...aku geram sorang-sorang...ntah lah! maybe aku memang selalu jumpa dengan orang yang ada "ugly habits" ni...

kita bermula dengan :-

10) Being late.
* Salah satu tabiat yang boleh buat orang marah dan juga boleh menjatuhkan air muka sendiri.
Sebagai manusia aku rasa kita patut "punctual" supaya orang lain juga menghormati kita. aku punya perangai, aku tak suka tunggu orang dan aku pun tak suka buat orang tunggu aku. Muktamad!

9) Lepas tangan.
* Ok, ni lagi satu sikap.pengguna dipasaraya besar seperti Jusco, Tesco, Carefour dan lain-lain. Kemudahan troli digunakan, tapi tak pandai nak berterima kasih. aku tau memang lah ada 'bangla' akan tolong kutip troli-troli tu but tak salahkan kalau kita letak troli tu ditempat yang betul. bukan berseoah-sepah ditempat parking? kan?

8) Ucapan terima kasih (THANKS)
* Orang buat baik, tolong kita dan bantu kita. bagi kita senang, apa salahnya cakap "thanks" bukan susah pun..if nak cakap "terima kasih" tu macam panjang sangat, cakap je "thanks" mudah dan ringkas kan? bukan kena bayar pun nak cakap "thanks" tu.....

7) Tutup pintu lif
* Hurm....kalau aku memang aku sound orang macam ni, pernah sekali tu..mem besau pergi ke satu building gov. and lift cuma ada 3 orang jew..aku rasa lift tu boleh naik dalam 15orang...mem besau sikit punya berlari-lari suruh orang tu tunggu....dengan selamba orang tu tutup pintu lif padahal dorang nampak and pandang mem besau yang boleh dipanggil aunty sedang berlari ke pintu lift! wadefak r...aku jumpa ko...memang aku kepit kepala kau kat pintu lift tu.... PERANGAI MACAM ^%&^!%#&!%#% NI PUN ADOOOO?

6) Gangguan telefon bimbit
* Yeah...ini lagi satu makhluk, kat office aku ni sebagai contoh...punya bising and suk sibuk pasal dept. aku pasang radio....TAPI! sekali handphone dia bunyi...baby dalam perut pun nak tutup telinga ok...seriously aku tak TIPU...kepada ang yang tak sedar diri, silalah perlahankan volume ringtone anda yang macam **&^(*)(*%^^&*!! tuh... aku mintak tolong sangat-sangat..

5) Penumpang LRT/BAS
* If kita naik LRT/BAS kita akan nampak sign board

"sila bagi laluan penumpang untuk turun dahulu"

adakah ianya terlalu susah untuk mematuhinya? demi keselamatan diri masing-masing kan?if ikut apa yang singboard tu cakap..insyaAllah...tak ada apa-apa yang buruk akan jadi...bagi laluan kat orang...jangan nak berebut-rebut....

4) Keutamaan bagi perempuan mengandung & Warga Emas.
* Dalam tv kan selalu keluar iklan, bagi keutamaan kat dua golongan ni..tapi aku tengok, ada jewp yang buat muka tak bersalah bila nampak nenek-nenek yang kat tangan penuh dengan barang tapi kena berdiri padahal sebalah nenak tu remaja umur 20++ ergh!

3) Parking ku dicuri!!!
* Aku dah bagi signal, sikit punya cantik...tiba-tiba ada pulak satu kereta ni dengan selamba cross aku dan masuk ke parking yang aku tunggu lama tadi tu...sabar jela weh....if mem besau tak ada sebelah aku, memang kena dah orang tu..kalau korang kena macam ni..apa korang nak buat?

2) Sila tengok signboard "DILARANG"
* Masalah yang agak besar jugak bagi aku, terutama dekat petrol pump....kebetulan kereta aku bersebelaha dengan kereta pakcik ni....dah lah enjin tak tutup...itu memang dah teruk....lepas tu dia bantai bergayut! selamatkan aku ya allah (sepanjang aku tengah isi minyak) yang paling aku rasa nak terajang muka pakcik tu...dia slumber keluarkan rokok and smoking....aku buat muka ketat masa dia pandang aku dengan penuh senyuman 'bodoh' dia.... kepada pakcik "pakcik,saya tahu pakcik hidup dah lama, tapi saya baru hidup 22 tahun pakcik...tolonglah pakcik....."

1) Memandu dengan bahaya.
* Aku rasa ini adalah benda yang paling-paling aku sakit hati sekali tahap dewa la.....aku rasa semua orang yang ada lesen kereta tahu cara pemanduan kereta kan?macam mana nak potong kan?memotong disebelah kanan kan? bukan kiri kan? pastu if nak tukar lorong kena bagi signal first la brader! wa tau lu terer bawak kereta tapi lu jangan nak bahaya kan nyawa gua sekali brader! haish...lepas tu bila jem, ada pulak yang tak reti sabar....asyik nak main hon jew....letih aku weh bawak kereta kat area jem ni....baik aku jalan kaki lagi bagus...

P/S: thanks to the pic yang bagi aku inspirasi for tulis entry today. credit to En google.

Thursday, 9 February 2012

. . lelaki oh lelaki . .

yehhaaaa! hye all..arini aku rajin pula nak menulis..

okeh! back to topic..aku nak share jugak...aku selalu baca lelaki asyik cerita pasal perempuan... "perempuan yang annoying" "perempuan punye perangai" dan blaa..blaa..blaa...

now aku nak share jugak,pada yang xberkenaan jangan over touching dgn aku! aku lempang ko karang...ok,start now...game on!

antara jenis-jenis lelaki adalah :-

Lelaki Tikus:
ni jenis lelaki yang suke lepak kat tepi kaki lima,tepi jalan,umah orang kawen and mana-mana tepi la...dorang ni pulak bergerak secara kumpulan..punya lah rimas aku tengok gaye dorang..

Lelaki Kasanova:
yang ni pulak berfikiran yang dia adalah remeo malaya! cish..aku kalau dapat jumpa lelaki mcm ni..aku baling dia dgn batu

Lelaki pengotor:
Korek hidung depan public! Eiiiyuww..please la der..berapa kati lah ko simpan kan..hormat la orang sikit..xsemua orang boleh accept perangai PENGOTOR ko tu!

Lelaki Paparazi:
yang ni aku paling-paling anti...bukan main beronok-ronok dorang bergosip..macam awek-awek dorang tu cantik sangat! sape kate lelaki xsuka gosip?meh jumpa aku,aku bagi ko KIA OPTIMA baru punye..

Lelaki 18sx:
Bodoh! lelaki pattern ni memang sangat-sangat popular..
mana-mana ada je aku jumpa..korang tak percaya?if nak tau lebih lanjut..korang on ym pastu g kat chatroom kat sana,.baru korang akan sedar..berapa peratus lelaki yang BERGUNA and TAK GUNA SESEN pun..