Tuesday, 31 July 2012

. . . Kisah "Mak" jemah yang hilang . . .



Pagi tadi aku dah pelik tengok kawan aku yang sorang ni mundar-mandir kat belakang aku, ishh! tak senang hati aku yang tengah membaca status-status terbaru di pesbuk.

Muka dia dah macam hilang punca..nampak pucat seolah-olah darah dalam badan dah habis disedut oleh sang vampire yang durjana!

"kau ni nape jemah?' Jemah ni budak kedah, tua dua tahun dari gua..mekap tebal kalah rozita che wan. Tengok macam kesian nya mukanya tapi kalau tengok lama-lama memang menyampah. ahahhhaaa..aku gurau.

"Mak aku hilang lah alin" dengan sepantas cahaya, muka aku turut berubah..terherot-herot muka aku kehairanan.

"hah! bila mak kau hilang? dah cuba cari?" aku terus tembak jemah dengan soklan-soklan yang takkan bagi chance dia nak bernapas.

"petang semalam..dah merata aku cari...tak jumpa la..aku tak tau nak buat apa lagi" nada seakan-akan nak menangos weh..percayalah cakap aku..

fuhhh..kesian...siapa tak risau if mak ilang...kalau mak aku hilang...macam mana la kan...

Jemah berlalu ke dept. human resources. "nak ambik cuti la tu, biarlah dia perlukan masa untuk cari mak dia" sambil mengelap titis-titis mutiara yang jatuh.

Kira-kira lima belas minit kemudian, aku nampak muka jemah berlari-lari ayam masuk kembali ke dept. kami, muka ceria gila. senyuman dibibir menceritakan segalanya.

"mak aku dah jumpa!" kelegaan jelas terpampang dimuka jemah.

"alhamdulillah.....jumpa kat mana? mak ko ok tak?"

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni pelangi yang tiada belas kasihan pada gua, Jemah membalas padu :-

"dalam sinki pantry..."

Korang dapat bayangkan muka aku time tuh? *#*(&#^@*#^@#^(!

"Mug la weh! bukan mak! pronunciation macam jahanam!" baik aku angkat kaki sebelum kaki aku naik kemuka jemah.

Sia-sia aku nervous pagi tadi. -..-


"ATTENTION ALL :-   INI ADALAH MUG not MAK or MARK"




Thursday, 26 July 2012

. . . Meh sini kalau BERANI . . .

Hye kembali!
Korang mesti pernah dengar pasal 

" The Tallest Water Slide in the World "

Semalam ada sorang kawan aku email gambar-gambar slide tu....gila korang.....soklan pertama yang melintasi arena pemikiran otak aku yang bijak ini adakah....

" kau cukup berani nak naik slide ni? "

urghhh! sesungguhnya aku mengakui yang aku tak akan naik slide ni even diupah berjuta-juta pun..melainkan aku terdesak and dorang bagi aku ubat tingtong BIUS yang boleh mematikan segala urat saraf aku untuk seketika...

Meh sini aku share gambar-gambar yang aku dapat semalam.
by the way credit to #MissEmma.
^_^ Thanks cayunk.


Dari jauh pun aku dah kecut perut tengok weh!


Ambik....korang nampak tak betapa curamnya waterslide ni...kalau dikira ikut formula fizik
(berat+ketinggian=had laju)
korang agak-agak betapa lajunya slide ni kalau aku adalah penumpang nya....


Starting point bebeh....


Wohoooo! yang ni aku tak tau nak cakap apa dah...hanya orang itu sahaja yang dapat merasainya....
sila tanya dia oke,bukan saya. -_-'


Korang bayangkan if masa turun tu korang tak masuk dikawasan yang betul? final destination weh!


ini tempat aku...dimana aku hanya akan bermain-main ditepi-tepi kolam ini....confirm selamat!
fuhhhhhhh..lega makkkkk...

. . . Wujud Lagi Ke . . .

Salam jumaat semua...

Korang pernah dengar pasal Restoran Malaysia Negara Ku tak?
sepanjang aku hidup dekat sini yang dekat dengan shah alam..baru hari ni aku dengar pasal restoran ni...adakah aku terlalu tidak mengikuti perkembangan semasa?? Oh No....kesian ko alin....

Restoran ni buat offer RM2 untuk sekali berbuka puasa...sama ada buffet or apa aku tak tau...yang aku tau.....kita kena tunjukkan MyKad untuk memastikan yang kita betul-betul warganegara...

Dengan dua ringgit tu..pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan 3-4 jenis lauk bersama segelas air...jangan tanya aku kualiti masakan nya....sebab aku tak pernah masuk and aku baru tau pasal kewujudan kedai ni...

Meh sini aku share gambar yang aku dapat dari En. Google ^_^


 Ni lah bentuk rupa kedainya...kalau aku salah aku mintak maaf oke :)


Makanan dihidangkan macam dekat hostel :)


Lepas makan sila basuh pinggan oke? jangan expect korang dapat service fine dining lak 
=p


Wednesday, 25 July 2012

. . . 10 perkara yang buat aku geram . . .


 Hye Reader..
Alhamdulillah....dah masuk ramadhan ke enam...aku masuk je office, aku nampak gambar kat fb yang buat aku macam excited nak tulis entry hari ni....opsssss..panjang lebar lak introduction aku...

Entry hari ni nak citer pasal "10 rude malaysian habit" seriously, bila tengok gambar ni...aku geram sorang-sorang...ntah lah! maybe aku memang selalu jumpa dengan orang yang ada "ugly habits" ni...

kita bermula dengan :-

10) Being late.
* Salah satu tabiat yang boleh buat orang marah dan juga boleh menjatuhkan air muka sendiri.
Sebagai manusia aku rasa kita patut "punctual" supaya orang lain juga menghormati kita. aku punya perangai, aku tak suka tunggu orang dan aku pun tak suka buat orang tunggu aku. Muktamad!

9) Lepas tangan.
* Ok, ni lagi satu sikap.pengguna dipasaraya besar seperti Jusco, Tesco, Carefour dan lain-lain. Kemudahan troli digunakan, tapi tak pandai nak berterima kasih. aku tau memang lah ada 'bangla' akan tolong kutip troli-troli tu but tak salahkan kalau kita letak troli tu ditempat yang betul. bukan berseoah-sepah ditempat parking? kan?

8) Ucapan terima kasih (THANKS)
* Orang buat baik, tolong kita dan bantu kita. bagi kita senang, apa salahnya cakap "thanks" bukan susah pun..if nak cakap "terima kasih" tu macam panjang sangat, cakap je "thanks" mudah dan ringkas kan? bukan kena bayar pun nak cakap "thanks" tu.....

7) Tutup pintu lif
* Hurm....kalau aku memang aku sound orang macam ni, pernah sekali tu..mem besau pergi ke satu building gov. and lift cuma ada 3 orang jew..aku rasa lift tu boleh naik dalam 15orang...mem besau sikit punya berlari-lari suruh orang tu tunggu....dengan selamba orang tu tutup pintu lif padahal dorang nampak and pandang mem besau yang boleh dipanggil aunty sedang berlari ke pintu lift! wadefak r...aku jumpa ko...memang aku kepit kepala kau kat pintu lift tu.... PERANGAI MACAM ^%&^!%#&!%#% NI PUN ADOOOO?

6) Gangguan telefon bimbit
* Yeah...ini lagi satu makhluk, kat office aku ni sebagai contoh...punya bising and suk sibuk pasal dept. aku pasang radio....TAPI! sekali handphone dia bunyi...baby dalam perut pun nak tutup telinga ok...seriously aku tak TIPU...kepada ang yang tak sedar diri, silalah perlahankan volume ringtone anda yang macam **&^(*)(*%^^&*!! tuh... aku mintak tolong sangat-sangat..

5) Penumpang LRT/BAS
* If kita naik LRT/BAS kita akan nampak sign board

"sila bagi laluan penumpang untuk turun dahulu"

adakah ianya terlalu susah untuk mematuhinya? demi keselamatan diri masing-masing kan?if ikut apa yang singboard tu cakap..insyaAllah...tak ada apa-apa yang buruk akan jadi...bagi laluan kat orang...jangan nak berebut-rebut....

4) Keutamaan bagi perempuan mengandung & Warga Emas.
* Dalam tv kan selalu keluar iklan, bagi keutamaan kat dua golongan ni..tapi aku tengok, ada jewp yang buat muka tak bersalah bila nampak nenek-nenek yang kat tangan penuh dengan barang tapi kena berdiri padahal sebalah nenak tu remaja umur 20++ ergh!

3) Parking ku dicuri!!!
* Aku dah bagi signal, sikit punya cantik...tiba-tiba ada pulak satu kereta ni dengan selamba cross aku dan masuk ke parking yang aku tunggu lama tadi tu...sabar jela weh....if mem besau tak ada sebelah aku, memang kena dah orang tu..kalau korang kena macam ni..apa korang nak buat?

2) Sila tengok signboard "DILARANG"
* Masalah yang agak besar jugak bagi aku, terutama dekat petrol pump....kebetulan kereta aku bersebelaha dengan kereta pakcik ni....dah lah enjin tak tutup...itu memang dah teruk....lepas tu dia bantai bergayut! selamatkan aku ya allah (sepanjang aku tengah isi minyak) yang paling aku rasa nak terajang muka pakcik tu...dia slumber keluarkan rokok and smoking....aku buat muka ketat masa dia pandang aku dengan penuh senyuman 'bodoh' dia.... kepada pakcik "pakcik,saya tahu pakcik hidup dah lama, tapi saya baru hidup 22 tahun pakcik...tolonglah pakcik....."

1) Memandu dengan bahaya.
* Aku rasa ini adalah benda yang paling-paling aku sakit hati sekali tahap dewa la.....aku rasa semua orang yang ada lesen kereta tahu cara pemanduan kereta kan?macam mana nak potong kan?memotong disebelah kanan kan? bukan kiri kan? pastu if nak tukar lorong kena bagi signal first la brader! wa tau lu terer bawak kereta tapi lu jangan nak bahaya kan nyawa gua sekali brader! haish...lepas tu bila jem, ada pulak yang tak reti sabar....asyik nak main hon jew....letih aku weh bawak kereta kat area jem ni....baik aku jalan kaki lagi bagus...

P/S: thanks to the pic yang bagi aku inspirasi for tulis entry today. credit to En google.

Friday, 20 July 2012

. . . JOM TAMBAH GENG BLOG . . .

Hi Readers!
Petang jumaat ni sedang aku berblogwalking ang jogging..
aku ternampak satu contest "JOM TAMBAH GENG BLOG"
Wahhhh..loke great kan? hadiah yang ditawarkan pun lumayan jugak..

here we go!!!


Jum lah join? atleast dapat tambah follower kan?
syarat dia pun tak susahkan kot sebab aku pun dah berstatus
"follower dia"


kawan-kawan aku yang boleh anda intai-intai :


dan ini juga

Wednesday, 18 July 2012

. . . Iklan yang Touching Abes . . .

Aku baru lepas baca entry di Blog Mak Dara, sekarang ni mak dara tengah busy menemankan suaminya yang tercinta buat penggambaran iklan..tiba-tiba aku teringat dekat satu iklan PETRONAS...iklan tu if aku tengok banyak kali pun..confirm boleh nangis...

"ABAH DAH PAKAI LAMPIN"

Ni lah ayat yang aku boleh ingat, menantu dia memang ada masalah...mintak dijauhkan lah suami aku tergolong dari 'pattern' macam ni...well kasih sayang seorang ayah tu tak ada tandingan kot...

Setiap kali ramadhan aku akan tunggu iklan dari petronas....
jom layan..... :'(

. . . Jom sertai Bloglist Ramadhan Askrie Hishamuddin . . .

Morning Uols...
Pagi ni aku nampak  "Askrie Hishamuddin" buat bloglist for ramadhan..
so, aku rasa aku wajib join! huhuuu...

Ramadhan tinggal satu hari lagi...
alhamdulillah..aku jumpa lagi ramadhan ni...
(lap air mata guna lengan baju)

So, come on! join this "RAMADHAN BLOGLIST" semoga bertambah lah kunjungan tetamu blog aku ni....





Salam Ramadhan dari aku...