Thursday, 28 June 2012

. . . ApA tEma Blog kOrang . . .

Salam jumaat semua!
wahhh..hari ni mata redup je..cuaca pun best je...pemakaian semua orang jugak sopan, jumaatkan...bak kata kawan satu office dengan aku...
"hari ni jumaat mehh..kena buat baik..."
ok,dia seorang gadis berbangsa cina tapi tersangat lah memahami budaya kita ok?

Ok,
Apa tema blog korang???
aku dah...korang dah?? =)
BLOG aku ni freshie lagi..dah lama aku start tapi baru sekarang nak aktif...so kira freshie lagi la kan?
tema blog aku...hurm...aku takmo jadi blogger gosip...takut mak jah..... =)
salah tulis karang,tak pasal-pasal surat saman berjela-jela datang rumah aku..uhh! sangat tak gojes (gorgeous) ok...

Blog aku adalah blog bebas dimana aku menulis berdasarkan pengalaman hidup, perkongsian cerita dan masalah kawan-kawan aku..aku nak orang tahu apa itu realiti hidup...jatuh dan bangun...hidup selepas mati didalam kehidupan realiti...

Apa yang penting, aku menulis atas apa yang aku rasa..if aku jumpa mana-mana entry yang lawak....kemungkinan untuk aku copy and paste tu 70% hahahahahaaa..

Kepada yang suka baca blog aku, thanks yeah...sama ada silent reader or public reader..aku sangat-sangat menghargainya...
 
Disudut bawak aku titipkan gambar tuan punya blog ye...sekali sekala nak jugak kan?

Chekidauttt..

. . . Jum J0iN GA Askrie Hishamuddin . . .

Hello! Hello!
Today Mood TERBAIK terGedik pulak nak join contest, first time pulok..but orang kata..if nak seribu daya kan? so, why not aku test-test kan?? chekidauutttt..

Aku join GA from  Askrie Hishamuddin and aku harap sangat gambar yang aku pertaruhkan ni tersangatlah clear..huhuhu...


Taraaaa! i love this picture damn muchhh..
wish me luck yeah....

Sape yang baca entry aku ni, sila-sila la join jugak..if korang nak koin tekan - SINI -
Tarikh tutup: 7Julai 2012

Tuesday, 26 June 2012

. . . Kisah Senah . . .

Hai peeps~
Bila kebosanan dah melanda diri...jari-jemari mula mengatur bicara..yeah..ayat aku for today.aku mencuba untuk menyusun bahasa melayu agar nampak lebih teratur..

Ok,bukan tu yang aku nak tulis..as long korang faham apa yang aku cuba sampaikan itu dah cukup bagus kan? aku tulis entry ni untuk kawan aku yang bernama Senah (bukan nama sebenar).

"ORANG BERBADAN GEMPAL TIDAK LAYAK MENDAPAT CINTA"

Terus terang aku katakan.aku tak tahu la makhluk mana yang dah hasut otak dia sampai dia boleh fikir macam tu.... otak aku ligat nak susun ayat bagi minah ni jangan moral down..
"dont worry beb,mane tahu aaron aziz nak kahwin ngan ko satu hari nanti.." erkkk..tak boleh...silap-silap aku makan side kick dari dia...senah ni bukan boleh bawak gurau kalau dia tengah emosi..

macam mana eyh? bagi aku..jodoh tu ada...cuma Allah tak temukan kita lagi..yeah..sebab tu aku malas nak fikir...buat sesak otak je beb...better alone ok =(

senah, jangan jadikan faktor fizikal sebagai penghalang untuk ko terus berjalan...penghinaan itu ko anggap je macam air hujan yang ko boleh elak bila ko pakai payung..pedulikan apa orang cakap...gemuk ke..tembam ke...buncit ke...debab ke..dorang bagi ko makan ke? tak kan? so, senyum...happy dengan apa adanya....Allah tu maha adil..seriously...jangan sampai ko jadi down sebab benda remeh macam ni...

aku rasa cukup kot entry ni, aku tulis entry ni untuk ko je senah...
tak apa, nanti aku cari lah idea untuk ko..biar kuat sikit semangat ko tuh.....

Thursday, 21 June 2012

. . . Kehidupan itu Drama . . .

Salam Jumaat semua..
I love friday..twink! twink!
for today i wanna share something to all of u...aku rasa korang dah pernah tengok pun budak "handsome" ni...serious! lawak + boleh bagi orang semua tahu...betapa tabahnya budak ni menghadapi dugaan dan kesakitan yang melampau didepan awek-awek cantik...jap! jap...aku nak gelak dulu...


Dear all,
this is the picture...how strong this boy...i never know..
^__^


Wednesday, 20 June 2012

. . . Nenek Di Jepun . . .

As i tol u before..today is hari aku menulis apa sahaja yang aku rasa aku nak tulis..somemore,ada banyak pulak idea yang terlintas difikiran aku..

Pernah tak korang bayangkan..cafe or restaurant yang pelayan nya adalah golongan nenek-nenak yang masih gagah+cantik menarik tertarik kau memang debommm! wahhh..menyanyi kejap...

Inilah restaurant nya...nampak macam cool & classic..erkk...takde lah classic sangat..just nice...apa yang menariknya adalah..RESTAURANT CREW nya...nenek-nenek beb! seriously aku mana main tipu-tipu ni...korang tengok logo cafe ni pun korang dah boleh agak kan? ahahaha..


Korang tengok, betapa semangatnya mereka bekerja..if kat malaysia ni...aku pergi kat restaurant fine dining pun...dapat service macam hampeh..mamak jugak dihatiku! amboi... Well,as we know...japan nya attitude tersangat lah proactive dan dorang sentiasa mempunyai idea yang boleh buat kite terkesima..bahasa aku....macam sasterawati...


Diakhir kata...inilah model-model yang dapat aku curi gambar mereka...credit to En Google...
ketulenan nenek-nenek ni,aku tak dapat nak confirmkan dahulu...aku tunggu orang bawak aku pergi jepun dulu and aku let u ols know ok...

. . . KEAJAIBAN DEJAVU . . .

Hello :)

Hurm....Di tengah-tengah kawasan pavilion sambil meminum arabica coffee dekat starbuck, sambil menikmati angin yang melintasi muka korang..tiba-tiba korang terdiam,pergerakan seakan-akan berhenti..kemudian korang berkata "macam aku pernah alami benda dan saat ni..." didalam hati..korang nak tau tak apa yang korang alami tu....

D.E.J.A.V.U 
 
 

:: is the impression that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the prior encounter are unclear and were perhaps imagined ::
 
Aku bukan ahli psikologi yang memang tahu punca kejadian dejavu ni...aku cari kat wikipedia jugak...as we know..if malu bertanya sesat jalan kan?
 
Sama ada korang pernah alami atau tidak...its depend to urself...aku akui..aku banyak mengalami keadaan ni..sampai sekarang...seriously, dejavu ni mempunyai satu effect yang sangat mendalam...

Satu kajian menyatakan umur yang paling banyak mengalami dejavu adalah didalam lingkungan  15-25..yeah..sedang elok la...umur aku pulak ditengah-tengah...wehuuuu..

Sesungguhnya..hari ni aku belajar satu lagi benda yang aku tak pernah tahu sebelum ni....PELIK atau MISTIK...yang penting kekaburan sebelum akan dapat dikenalpasti selepas kite mengalami dejavu...

"Siapa kita nak melawan kuasaNya yang satu..Maha mengetahui..."


. . . Entry Sengal . . .

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

 Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.


Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN  aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.


Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.



Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.


Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.




“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.



 Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Lepas membaca iklan diakhbar..Mak Minah dan Pak Mat memandang antara satu sama lain tanpa sebarang soalan atau kepastian...masih berfikir...angin berlalau menghembus dahi tua Pak Mat yang semakin dimakan usia... "bahagia ke SURI bang?" soal Mak Minah....Pak Mat menyemak kembali slogan itu..agar tidak ada sebarang kesalahan atau ketidakfahaman....

"apa MOTTO iklan tu bang?" Soal Mak Minah meminta kepastian sekali lagi..

  “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

So, what do u think? aku dah nak pecah perut baca entry copy paste ni cuma aku edit sikit-sikit..

















. . . WORDLESS WEDNESDAY . . . #1



Untuk lelaki yang pernah aku panggil MR.MOT dan EN AUF...
this is for u....

' A lots of sorry from a bottom of my heart '

Thursday, 14 June 2012

. . . VIRGIN vs OBESITY . . .

Hello reader!
Tengah-tengah borak dengan makcik siti (kawan office aku) aku terbaca satu topik and mintak Cik ct tolong explain kat aku..yeah..aku memang seorang yang tak suka membaca surat khabar..tengok berita? ;agilah boleh kire berapa kali je..

Ok, entry ni aku tuils bukan berniat untuk mengutuk sesape mahupun diri aku sendiri...aku cuma nak share something yang aku rasa pelik...

 VIRGIN vs OBESITY

yeah..aku akui menjadi obesity adalah satu kepenatan,permasalahan,kemudaratan dan boleh mendatangkan bahaya pada diri orang yang tak pandai menjaga makan..tapi macam aku, aku suka makan..aku suka jalan..aku tak ada sakit apa-apa..aku sihat..nak medical report aku? semua ok kecuali lemak-lemak tepu yang memang tak sampai hati nak berpisah dari badan aku yang comel ni..erkkk??boleh ke? wehuuuu..

satu isu yang makin memeningkan minda aku...aku tak pernah tengok mana-mana pihak mencari jalan untuk menangani gejala orang yang suka bersedekah dara mereka kepada lelaki yang memang meminati dari pada awal usia...urh! tolonglah...virgin@dara ni bukan benda main-main beb! benda serious tu...jangan main gila ngan benda-benda macam ni..terlajak masuk....menangis esok...wahhhhh..terbaikkk pepatah aku..maaf if ada kelucahan tapi inilah yang aku cuba terangkan..

Pada remaja yang baru nak kenal dunia...ingatlah dik...Allah bagi satu je dara..sekali je...takkan korang tak sayang kot? akak tak halang korang nak clubbing...enjoy tapi ada hadnya...

Pada pihak-pihak yang terasa, berfikirlah...tak payahlah berpolitik bagai macam nak bagi bumi ni runtuh..tuduh orang sana..tuduh orang sini..kebenaran itu ada cuma masa yang bakal menentukan..jangan sibuk menunding jari kat orang...macam diri sendiri baik sangat...

P/S: sekian, aku dah emosi ni..

Wednesday, 13 June 2012

. . . back to school . . .

Rutin harian aku pada hari minggu...
Menemankan mem besau ke pasaraya pilihan hatinya...ada tiga je pun..muka mem besau memang orang semua dah kenal..termasuk personal assistant mem besau "AKU LAH!" arhhhhh..kenapa perlu aku?kenapa?kenapa? cukup...jangan terlalu beremosi..

Bermula pengembaraan aku dengan menolak troli, aku pandang kiri dan kanan..line clear! wehuuuu...taraaaaaa..fikirlah sendiri apa yang aku buat.. ]:)

mata mula memerhatikan keadaan sekeliling...pergi ke pasaraya pada pagi yang hening...dimana makcik-makcik cleaner baru nak keluarkan penyapu dan mop....dimana bangla-bangla baru nak mula susun barang..abang-abang misai (pak guard) yang gagah perkasa tengah escort cashier kehulu kehilir..dalam otak aku berfikir..ada ke pencuri or penyamun bangun pagi? erkkkkk...advised please...

hahahaa..mangsa pertama...ada budak pandang "keret" kat aku...eleh...jelous la tu! tengok aku boleh main troli sedangkan mereka??? mereka hanya mampu duduk ditroli itu dan bergerak apabila si ibu menolak mereka sahaja.. "sorry dik..akak menang.." sambil buat mukan yang menjengkelkan...aku blah! sebelum budak tu menangis..

Disatu sudut...
aku nampak ikan keli berhimpit-himpit dalam tong...erghh! semak...semak!
aku faham perasaan mereka semua, misai berlaga antara satu sama lain..berlengas..ada yang berbau...erh! ibarat rambut kawan kita yang panjang melibas muke kite..apa korang rase? kurang hajar! opssss...kawal emosi....

Ikan beku yang disusun, kenapa pandang aku tak berkelip wahai ikan? loser..yeah..betul...tapi itulah perasaan aku pada ketika itu...seriously...hanya mereka lah tempat aku berhibur dan menumpang kasih...hurm..tet! cukup...aku membelek dari satu ke satu ikan yang lain..memerhati jenis dan saiz mereka semua..

Mata aku tertarik pada satu ikan yang sangat cantik..berwarna merah dan mempunyai mata yang bersinar-sinar..ikan ni makan innershine ke? ishhhh...dengan riak yang tidak puas hati..aku menyentuh mata ikan tuh....eiiyerkkk! geli weh,...hahahaha...sumpah aku geli pegang mata ikan macam tuh,...naik bulu roma beb...aku pun gelak sorang-sorang...

Jauh disudut sayur-sayuran, aku baru perasan ada satu pakcik memandand daring kat aku....huiyo! gila lah....pakcik ni pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup...ya,aku admit....memang aku buat salah...aku cuba mencederakan fizikal ikan tu tapi ikan tu senyap je...kan dia dah mati kan? kesian kau wahai ikan....comel-comel swimming kat laot akhirnya tumpas ditangan pakcik nelayan...

aku menurunkan pandangan simpati kemata ikan yang cantik tu...aku pandang je mata dia...tapi tak berkedip pun..aku rasa kalau mata ikan tu berkedip...aku orang pertama yang lari sambil azan kot...aku tengok pakcik tu dah berlalu....yes! peluang...

Aku timbus kan ikan itu dilautan air batu parut sampai tak nampak sikit pun ikan tu punya badan...sorry, aku kuburkan kau kat sini...itu tanda aku marah...dan aku meneruskan perjalanan...

Ok, aku nak stop dulu..next time aku citer lagi...aku nak layan lagu adele...wehuuu!


Thursday, 7 June 2012

. . . Guna Otak Kau . . .

Salam!
hari baik bulan baik ni aku malas nak buat intro panjang berjela..

Sutinah (23,Parit Jawa)
Kenapa perlu tegur sambil memalukan?if tegur baik-baik kan lagi bagus.. (sambil teresak-esak)

Natiavani (19, Simpang Siur)
Kami tahu kami salah..tapi korang tu perfect sangat ke ha?

Ting Dong (22, Cyberjaya)
Bila sampai nak bagi orang down..semua mahu jadi ustaz..kenapa ya?

Dari satu isu ke satu isu...dari isu perempuan gemOk pakai legging...pakai tudung tapi pakai baju ketat,sendat lagi padat,pakai baju kurung jarang nampak singlet or tube,pakai seluar ketat sampai nampak garisan 'underwear' dan macam-macam lagi isu la.....

Ok,first at all..aku as a ladies bukan nak back up kaum aku...tapi! aku menegaskan kepada sesiapa yang memberi teguran,silalah berfikir dahulu sebelum bercakap....menasihatkan ada beberapa fasa jugak kan?bukan main sergah atau bahasa kasarnya..main maki hamun je..jangan nak main benda yang wajib disamak..

Pernah tak korang terfikir untuk menegur mamat gila seks yang asyik dengan imaginasi tak guna dorang?kutu berahak?orang yang suka rogol-rogol?main gesek-gesek kat tempat awam?mat rempit?orang yang tak reti nak hormat azan?mamat suka layan citer biru?

If berani berapa banyak korang hentam golongan-golongan diatas?? aku rasa lagi banyak hentaman dipihak gadis yang berhati halus dan mudah berkecai kan? Please la, be adil ok? jangan nak tunjuk bagus sangat mengalahkan imam muda or mengalahkan kau ustaz yang baru balik belajar dari mesir..aku bukan nak marah-marah tapi aku nak ingatkan..

Hukum tetap hukum..tak ada cara untuk kita langgar hukum islam tapi belajar SEDAR DIRI sebelum MENGATA orang...

Hentam menghentam tak kena pada tempatnya agak keterlaluan plus boleh buat gegurl tu jadi moral down..aku bagi korang satu situasi la kan...

Pilih satu jawapan yang penting sila JUJUR!

Korang tengah lepak ngan geng-geng korang dekat mapley depan masjid sambil online mukabuku/twitter, azan berkumandang..ada pakcik tegur korang macam ni :-

"angpa ni nak jadi setan ka?pergi sembahyang sana! bodoh punya budak!"

agak-agak apa korang buat???

A) tunduk kan kepala kebawah dan berjalan penuh hormat menuju kemasjid

B) sound pakcik tu balik dengan kata makian yang kaw-kaw dan rasa macam nak tampar muka pakcik tu laju-laju

Skema jawapan korang aku boleh agak, dalam alam maya ni kalau boleh semua korang nak temberang...semua nak nampak macam Ustaz Don....tak mau kalah....kenapa nak menipu kan?nak jadi orang lain?jadi diri sendiri kan lagi best?

Fikirlah..
jawapan kat diri korang sendiri...jangan asyik pandang salah and silap orang ke...better korang pergi IKEA pastu beli cermin besar....macam-macam design ada! huhuhhuuh...But! ingat...aku tulis entry ni bukan nak menyokong orang yang memang dah bersalah....dosa tetap dosa,....tak dosa yang boleh convert jadi pahala..dosa bukan boleh main tikam-tikam...ko banyak ko kurang...

P/S: aku pun dalam perjalanan melakukan perubahan....perlahan-lahan mengayuh....jangan terlalu cepat menilai...kita ni manusia biasa....

. . . bila Incik bapak dah mula . . .

Hello semua :)
aku baru balik dari cuti sehari...nasib baik cuti approve and manager siap suruh department kitorang take a leave...untung nya hidup kan?untung tak untung lah! sekali masuk kerja balik..macam nak pengsan aku tengok file, BUT aku bernasib baik ada kawan yang bernama "makcik ct" hohohoho..credit to makcik ct! :)

hah! balik-balik je hari ini aku teringat kat satu form (borang) yang memang superb la kan....aku rasa kat malaysia ni pun dah memang kena guna sistem borang ni...and hope so dengan adanya borang ni..segala aktiviti setan menyetan dapat dikurangkan..walaupun 1% atleast ada kan?? ]:)


"BORANG UNTUK BF ANAK PEREMPUAN AKU"