Thursday 7 June 2012

. . . Guna Otak Kau . . .

Salam!
hari baik bulan baik ni aku malas nak buat intro panjang berjela..

Sutinah (23,Parit Jawa)
Kenapa perlu tegur sambil memalukan?if tegur baik-baik kan lagi bagus.. (sambil teresak-esak)

Natiavani (19, Simpang Siur)
Kami tahu kami salah..tapi korang tu perfect sangat ke ha?

Ting Dong (22, Cyberjaya)
Bila sampai nak bagi orang down..semua mahu jadi ustaz..kenapa ya?

Dari satu isu ke satu isu...dari isu perempuan gemOk pakai legging...pakai tudung tapi pakai baju ketat,sendat lagi padat,pakai baju kurung jarang nampak singlet or tube,pakai seluar ketat sampai nampak garisan 'underwear' dan macam-macam lagi isu la.....

Ok,first at all..aku as a ladies bukan nak back up kaum aku...tapi! aku menegaskan kepada sesiapa yang memberi teguran,silalah berfikir dahulu sebelum bercakap....menasihatkan ada beberapa fasa jugak kan?bukan main sergah atau bahasa kasarnya..main maki hamun je..jangan nak main benda yang wajib disamak..

Pernah tak korang terfikir untuk menegur mamat gila seks yang asyik dengan imaginasi tak guna dorang?kutu berahak?orang yang suka rogol-rogol?main gesek-gesek kat tempat awam?mat rempit?orang yang tak reti nak hormat azan?mamat suka layan citer biru?

If berani berapa banyak korang hentam golongan-golongan diatas?? aku rasa lagi banyak hentaman dipihak gadis yang berhati halus dan mudah berkecai kan? Please la, be adil ok? jangan nak tunjuk bagus sangat mengalahkan imam muda or mengalahkan kau ustaz yang baru balik belajar dari mesir..aku bukan nak marah-marah tapi aku nak ingatkan..

Hukum tetap hukum..tak ada cara untuk kita langgar hukum islam tapi belajar SEDAR DIRI sebelum MENGATA orang...

Hentam menghentam tak kena pada tempatnya agak keterlaluan plus boleh buat gegurl tu jadi moral down..aku bagi korang satu situasi la kan...

Pilih satu jawapan yang penting sila JUJUR!

Korang tengah lepak ngan geng-geng korang dekat mapley depan masjid sambil online mukabuku/twitter, azan berkumandang..ada pakcik tegur korang macam ni :-

"angpa ni nak jadi setan ka?pergi sembahyang sana! bodoh punya budak!"

agak-agak apa korang buat???

A) tunduk kan kepala kebawah dan berjalan penuh hormat menuju kemasjid

B) sound pakcik tu balik dengan kata makian yang kaw-kaw dan rasa macam nak tampar muka pakcik tu laju-laju

Skema jawapan korang aku boleh agak, dalam alam maya ni kalau boleh semua korang nak temberang...semua nak nampak macam Ustaz Don....tak mau kalah....kenapa nak menipu kan?nak jadi orang lain?jadi diri sendiri kan lagi best?

Fikirlah..
jawapan kat diri korang sendiri...jangan asyik pandang salah and silap orang ke...better korang pergi IKEA pastu beli cermin besar....macam-macam design ada! huhuhhuuh...But! ingat...aku tulis entry ni bukan nak menyokong orang yang memang dah bersalah....dosa tetap dosa,....tak dosa yang boleh convert jadi pahala..dosa bukan boleh main tikam-tikam...ko banyak ko kurang...

P/S: aku pun dalam perjalanan melakukan perubahan....perlahan-lahan mengayuh....jangan terlalu cepat menilai...kita ni manusia biasa....

No comments:

Post a Comment