Thursday, 15 March 2012

. . . OBSES yang terlampau . . .

hahahaha..
entry kali ni request from my buddies..jangan marah ye makcik :P
ok, kawan aku ni tersangat la OBSES nak kurus padahal xbesar mana pun :) cuma maybe dia agak tertekan pasal baju F1 yang bakal dipakai nanti..wehu~

tiap-tiap hari kitorang akan datang kerja dan bergosip bersama, dari topik makanan sampai lah ke hal isu semasa..tiba-tiba masuk pasal yusri dan lisa surihani..ditambah pulak dengan ana rafali..memang complete la pemikiran minah ni..tapi! bila korang tinggalkan dia sorang-sorang depan pc dye..jari dia mula gatak mengclick dari satu page ke satu page..nak tahu tujuan dia?

hohohoo..alahai cik ct..tujuan utama dia.."cari ubat DIET" yang the best la..pastu mulalah dia memanggil aku yang tengah tekun melaksanakan tugas memprtahankan negara tercinta! wehhuuuu~dari jus mate5,sampai la ke MERIT..baru tadi dia bagitau aku pasal produk SIY (Slim It Yourself) aduh! pening-pening tapi layan jela kan..nak buat macam mana..dia memang betul-betul tekad aku tengok! wehuuu~

P/S: Goodluck Kawan :)

. . . ops! not my fault :) go gurl! . . .

  



Hello lagi sekali!
aku tengah jalan-jalan kat google street tadi..tetibe aku ternampak gamba ni~wahhh! nice one meyh~women got power doe! wehuuu...tujuan aku tulis entry ni bukan nak berlagak yang kitorang ni kuat ke apa ke..but sebagai nasihat..dan aku nak kongsi kenyataan yang korang patot tau since dulu lagi..
                                                             

P/S:  Don’t waste a minute not being happy. If one window closes, run to the next window or break      down a door.

. . . harta karun . . .

Wehuuu!
Hai sumer..masa aku duduk makan tadi aku terfikir pasal HANDBAG.. :) well..ladies dan handbag mana boleh lekang kan? tak kisah la macam mana pun pattern handbag korang..bagi aku la kan, beg aku memang besar..sering kali jugak Puan mama marah aku sebab handbag aku mengalahkan handbag "emak budak" well..aku ni banyak tanggungjawab kena pikul ditambah pulak cuaca yang tak menentu..erkk! apa kena mengena cuaca dengan handbag? ok..game start :P

<====== Taraaaa! haaaa..jangan terkejut tengok khazanah dalam handbag tu,beg aku lebih kurang macam tu la cuma aku punya lagi advance! siap ada buah-buahan lagi...bak kata orang,mana tau tengah-tengah drive tu aku dahaga ke, ada juga buah yang boleh buat aku hilang dahaga (cish! ayat nak menang..macam la xde 7e dah) huhuhu..

Rilek r beb..kalau dah nama perempuan kalau boleh cermin toilet semua barang-barang penting nak angkut letak dalam handbag..so,disini aku ingin membuat permohonan kepada pembekal-pembekal beg di seluruh dunia..tolonglah keluarkan beg-beg yang lagi besar but must be "GOJES" ok..confirm aku akan beli punya..huhuuu..banyak lagi barang penting yang aku terpaksa kelurkan sebab tak cukup ruang.

P/S: handbag adalah teman sejati golongan "gegurl" sebab banyak menyimpan rahsia dorang :)

Thursday, 8 March 2012

. . . urgh! lelaki panas baran . . .

Hye sumer..
rajin gila aku nak tulis entry kan..huhuu..oke,aku nak share ngan korang neh..macam mana nak detect lelaki yang mempunyai sikap "PANAS BARAN" yang melampau tahap nak kena pijak ramai-ramai..berani pulak aku nak pijak?silap-silap mati terus karang..wehuuu~

Ok,lelaki macam tu mesti akan mendatangkan tension pada kehidupan seharian kita kan?so,before terkapel..baik kenal dulu hati budi dia..mana tau dia mempunyai sikap yang terlampau ke...terlajak perahu boleh reverse..terlajak kapel,nak break off tu memang nazak tau! plus kalau lelaki tu jenis tak faham BAHASA...boleh gila korang dibuatnya..

ok,panjang pulak mukadimah aku..back to topik...aku akan list kan beberapa cara untuk kita kenal pastti perangai dorang..but! korang kena betul-betul berani dan yakin bila nak test tau..tak boleh main-main...

1) Biarkan Dorang Menunggu :)
korang ajak la dorang jumpa or kalau atak pun,korang suruh dia pick up korang time balik keje..or time nak pergi keje..suruh dorang datang awal dari time biasa korang keluar rumah..well,kita kan make up je dah sejam kan?so...jangan la sejam korang nak suruh dia tunggu..kalau aku tunggu orang sampai sejam pon da boleh ada tanduk atas kepala...korang buat dia tunggu dalam 10 minit ke...15 minit ke..pastu korang buat-buat la muka tak bersalah and berjalan menghampiri dorang slow-slow jewp..lagi slow dari pengantin jalan la kalau bole! huhuhuu..time tu korang try tengok muka dia..hahahhhaaaaa..kalau dia boleh senyum lagi tu..kira boleh tolak ansur la...tapi lau dah buat muka macam shit...faham-faham jela ok?go to hell la bai..

2) Mintak Dorang Ajar Sesuatu :P
hahahahaa..keje ni paling senang..korang suruh dorang ajar..and pastu buat-buat korang ni lembab nak loading..hohohooh..time ni paling best sekali,kalaau yang jenis tak boleh nak control emosi...silap-silap pelbagai perkataan carutan korang dapat! lalalalallaa...

3) Layan Budak-Budak ^_^
as we know budak-budak ni pun ada pelbagai type kan dalam family kan?ada yang memang pattern macam ustazah pilihan@imam muda (pattern ni memang sejuk perot emak),yang agak skema pun ada,yang jenis "aku dan duniaku" pun ada..normal pun ada..and pattern yang paling suitable untuk dijadikan watak utama dalam ujian ni adalah "hyper active" yehaaa! so,aku rasa korang faham kan? so,tak perlu rasanya aku nak explain lebih-lebih..takut ada yang muntah hijau karang..

4) Tahap Cemburu -_-"
Okey! bagi golongan panas baran neh,semua tak boleh..apa pun tak boleh..so,test la dia dengan cara mengesan tahap kecemburuannya..time korang ajak dia keluar jalan-jalan..korang cuba lah bertegur sapa dengan kawan-kawan korang yang lain..atau kalau dekat office,bila dia ajak korang lunch ke apa ke..korang cakap je korang nak lunch ngan kawan-kawan office..tak kisah la lelaki or perempuan..selalu nya orang yang hot temper neh..dengan perempuan pun tak boleh nak keluar sangat..kecoh..menyampah lak aku time tulis ni..hihihiiii..so,pk-pk la ya...

Hurm..aku rasa cukup la kot sampai sini dulu..

. . . pisau cukur . . .

selamat hari wanita sumer! #whew~
arini aku nak share something pasal satu jenis gurl yang ada dekat hidop kite sumer..maybe aku tak dapat nak list kan semua but aku cube ok? usaha kan tangga kejayaan..wahhh~gaya dah macam cekgu dah..

ok,selama kita hidup..pisau cukur atau puteh cakap "GOLD DIGGER" ni memang tak dapat nak bendung lagi...makin hari makin ramai gurl yang macam ni...cuma PISAU CUKUR ni tergolong dalam beberapa kelas..setiap kelas pula mempunyai undang-undang yang tersendiri..ok start~

Class C
Bermaksud : Cokia/Taktik kotor.
Huraian : selalu nya PC type c neh...dorang ni kategori gurl yang desperate..sorry la if ada yang terase but apa yang aku share ni realiti beb..type C ni agak merbahaya sebab dorang akan menggunakan taktik laman sosial macam FB,YM,MSN,SKYPE and so on la...dorang ni akan menggunakan gambar-gambar girl yang cantik gile untuk menjerat lelaki yang mudah diperdaya..if lelaki tu B***H memang senang gila la nak kena game ngan Si type C neh..dorang ni bukan tak cantik..tapi dorang tak yakin dengan diri dorang sendiri,and dorang ni kadang kala akan mudah jatuh cinta dekat lelaki yang dorang nak game...tak tetap pendirian la lebih kurang.hurm..cukup kot..letih nak tulis panjang..asal korang paham..kan..

Class B

Bermaksud : Berhati perut
Huraian : Ok,kalau yang type B ni senang jewp..dorang ni takkan attact orang yang baik dan suami orang..dorang ni jugak tak kisah berapa banyak yang korang boleh bagi kat diorang,janji lepas makan minum dorang untuk menyara hidop dorang sendiri..orang puteh kate tak over demand la kan..just nice jewp..yang type B ni jugak senang nak berubah..kiranya hati dorang ni belum tahap kebal lagi la...if dapat jumpa lelaki yang boleh jaga dia..dia boleh insaf...

Class A

Bermaksud : Superb punya spesis!
Huraian : Yang type ni aku berani cakap, semua dia sental...pakcik ko...bapak ko..asal ada duit yang memang tanggung dia semewah yang mungkin..memang dia takkan GIVE UP punya nak kacau..dorang ni sangat-sangat mementingkan kemewahan..and for sure mereka ini memang sangat cantik,tak kisah le natural or plastic...yang penting dorang cantik..itu kunci utama dorang...nak detect dorang pun senang jewp..boleh nilai dengan mata kasar...lau korang nak tengok,jom datang jumpa aku..aku boleh bawak korang pergi ke dunia dorang..best beb..mewah...cuma dosa tu takkan terlepas punya la...peluang untuk dorang insaf tu ada tapi sejauh mana hati dorang la...aku tak berani nak comment pape..

P/S: letih r...malas nak tulis ag boleh x?
aku berkongsi bukan untuk menghina tapi menunjukkan korang realiti..if ada yang terasa,aku mintak maaf..

Wednesday, 7 March 2012

. . . aku + orang tua-tua kata?? . . .

hye all!
bosan dow arini kat office..kerja aku sumer dah setel,so daripada aku terkedip-kedip mata tengok scrin pc aku ni..better aku menulis kan?

ok,first at all..korang pernah dengar tak pasal petua orang tua-tua yang agak pelik?just like..jangan menyapu separuh jalan?anak dara tak boleh duduk kat tangga?and so on la kan..and aku baru dapat tau satu lagi petua ni..masa aku balik kampung aritu...

disuatu petang yang hening kat rumah nenek aku,sikit punya aku tengah melayan ayam goreng yang sangat-sangat enak dan panas..crispy lagi tu..makcik aku menerpa kearah aku! wah..dah macam filem action..hahahaaa..dan kemudian Puan makcik berkata sebegini "eh! anak dara tak boleh makan kepak ayam..." erkk..aku buat muka pelik sambil berfikir..pusing-pusing otak aku cube beringat..berundur dan terus berundur untuk mencari kepastian..lalu menjawab.."kenapa pulak?mama tak penah bagitau akak pun..sila berikan sebab?"tapi Puan makcik yang tak berhati perut terus merampas kepak ayam yang berada ditangan aku lalu memakan nya dengan penoh kekejaman~cis! melampau betul...apa logiknya beliau berkata begitu?

aku memang pelik..kadang-kadang aku berfikir..atas dasar apakah petua dibuat?kalau petua dibuat hanya untuk mengingatkan tak ape la..ni petua yang makcik aku cakap tu..aku tak pernah dengar langsung..korang pernah dengar tak?aduhai..aku dalam kekeliruan ni..

P/S: aku nak pergi cari kat google sejarah bermulanya segala petua or kata-kata orang tua! (xpuas hati -_-')