Tuesday 26 June 2012

. . . Kisah Senah . . .

Hai peeps~
Bila kebosanan dah melanda diri...jari-jemari mula mengatur bicara..yeah..ayat aku for today.aku mencuba untuk menyusun bahasa melayu agar nampak lebih teratur..

Ok,bukan tu yang aku nak tulis..as long korang faham apa yang aku cuba sampaikan itu dah cukup bagus kan? aku tulis entry ni untuk kawan aku yang bernama Senah (bukan nama sebenar).

"ORANG BERBADAN GEMPAL TIDAK LAYAK MENDAPAT CINTA"

Terus terang aku katakan.aku tak tahu la makhluk mana yang dah hasut otak dia sampai dia boleh fikir macam tu.... otak aku ligat nak susun ayat bagi minah ni jangan moral down..
"dont worry beb,mane tahu aaron aziz nak kahwin ngan ko satu hari nanti.." erkkk..tak boleh...silap-silap aku makan side kick dari dia...senah ni bukan boleh bawak gurau kalau dia tengah emosi..

macam mana eyh? bagi aku..jodoh tu ada...cuma Allah tak temukan kita lagi..yeah..sebab tu aku malas nak fikir...buat sesak otak je beb...better alone ok =(

senah, jangan jadikan faktor fizikal sebagai penghalang untuk ko terus berjalan...penghinaan itu ko anggap je macam air hujan yang ko boleh elak bila ko pakai payung..pedulikan apa orang cakap...gemuk ke..tembam ke...buncit ke...debab ke..dorang bagi ko makan ke? tak kan? so, senyum...happy dengan apa adanya....Allah tu maha adil..seriously...jangan sampai ko jadi down sebab benda remeh macam ni...

aku rasa cukup kot entry ni, aku tulis entry ni untuk ko je senah...
tak apa, nanti aku cari lah idea untuk ko..biar kuat sikit semangat ko tuh.....

3 comments:

  1. kepada Senah.. kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan fizikalnya. abaikan kata kata negatif kerana mulut manusia ni susah untuk ditutup..

    Betul mcm yang ditulis.. gemuk ke..tembam ke...buncit ke...debab ke..bukan mereka yang memberikan sesuap makan kpd kita kan.. bagi mak dara yang sama kategori plus size ni bagi mak yang paling penting ialah hati.. kalau hati bersih.. ikhlas insyaallah kecantikan dari dalaman akan terpancar ke luaran insyaallah.. so stay positive dan stay comelll ok

    wahh panjang bebenor le pulak kuliah pagi mak dara ni kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Dara!!! thanks singgah intai blog kite yang tak seberape ni..wah...touching nye :( thanks mak dara =)

      Delete
  2. Salam, jemput ke blog untuk menyertai giveaway contest Askrie Hishamuddin. Tarikh tutup penyertaan pada 7 july 2012

    ReplyDelete