Sunday 28 October 2012

. . . Kerana Dia Seorang Abah . . .

Hye Reader's!
Wahhh....letih aku mengemas kembali blog ni, sawang-sawang dah mula bercambah... sorry,a bit busy by this few week -_-'

Entry kali ni, dengan tanpa segan silunya dan aku rasa aku tak patut nak malu? u know why? sebab im a Daddy's Girl! hahahaha...


Kadang-kadang, kita tak nampak yang seorang ayah,abah,bapak,abi dan lain-lain tu menunjukkan kasih sayang dorang kan? macam mana kita nak nampak pun aku tak tau. Tapi percayalah,disebalik teguran or bebelan seorang ibu or mak or mama kebanyakannya datang dari seorang ayah! hahaha..

- Ayah akan menegah sekeras-kerasnya "jangan minum ais! degil, bila demam tu nak baik!" opsss...kita menangis, dalam hati berkata "abah memang teruk! kejam!" tapi pernah tak kita berfikir.. ayah kita sangat risau pada ketika itu? pernah tak kita terfikir, dia takkan tidur lena dan meminta ibu melihat keadaan kita didalam bilik?

- Ketika pergi ke asrama, ayah menghantar kita dengan penuh rasa tenang.. disaat itu, kita hanya memikirkan... "abah tak pernah kisah, dia lagi suka kalau aku tak ada kat rumah" sedar tak masa tu, ayah yang sibuk memikirkan segala keperluan kita? disaat ibu hanya mampu menangis disisi kita... ayah meninggalkan kita dengan begitu pantas dikawasan asrama. terfikirkah kita bahawa ayah sedang menahan perasaan nya? T_T

- Ketika kita mahu keluar malam dengan kawan-kawan kita bagi menonton wayang, ayah menegah dengan keras "jangan keluar! kat luar tu bahaya! masuk bilik balik" lalu mengambil kunci kereta kita dan masuk kebiliknya dengan wajah tenang. perasaan kita ketika itu "abah tak faham! control aku sgt, im a big girl now la abah!" sedarkah kita, bahawa ayah sentiasa menjaga kita? semakin besar semakin bertambah tanggungjawab seorang ayah kan? 

- Ketika ayah meminta untuk kita belikan 'kuih cake' dihari jadinya? apa yang kita lakukan? memandang remeh kan? "ahh..mungkin abah bergurau" bisik didalam hati, tapi pernah tak kita terfikir, bukan harga cake menjadi ukuran tapi usaha kita untuk memenuhi permintaan nya. mungkin bagi kita ayah dah terlalu tua tapi pernah tak kita fikir segala permintaan kita yang dimakbulkan ayah sepanjang usia kita? T_T

- Ketika kita kecewa, kecewa dengan cinta yang tiada penghujungnya.ayah setia menanti kepulangan kita disebalik langsir biliknya. mungkin kita tak sedar bahawa ayah terlalu risau akan keadaan kita pada ketika itu. ketika kita cuba menyembunyikan rasa sakit dan pedih pada ketika itu. sedarkah kita bahawa ayah akan mengarahkan  ibu "pergi tengok anak awak tu..." itu saja dah dapat menunjukkan betapa kasihnya ayah.


 - Disaat kita akan diijab kabulkan...percaya lah...itu merupakan saat yang paling berat untuk seorang ayah melepaskan anak perempuannya. melepaskan tanggungjawab yang mungkin kita rasa lega, tapi sedar tak bahawa ayah orang yang paling risau. Boleh ke anak aku jadi seorang isteri? Boleh ke suami dia bagi makan anak aku? Mampukah anak aku bahagia?

Aku rasa better aku stop here, aku kat office ni...takut karang banjir pulak office ni karang.. kepada korang semua, entry ni sekadar memberi peringatan kepada diri aku dan korang semua. If ada salah silap, maaf ya.


No comments:

Post a Comment