Monday, 9 December 2013

. . Oh! Jodoh Di Alam Maya ?! . .

Assalamualaikum semua ^_^

Ok.. ok.. letih dah buang habuk, sarang cik lelabah kat BLOG ni.. berkurun rasanya tak menulis.. Well, sengaja atau tak bukan alasan nya ok! Hihiii..

Now on, aku TERsangatlah rajin online pesbuk, pagi petang siang malam.. Memang sentiasa ON ye...

Sehinggalah pada suatu ketika aku terjumpa sesuatu yang agak menarik, nak tau apa? Bukan aku yang jumpa sebenarnya, kawan aku yang dok sibuk invite.. MOTIF? Jangan tanya aku please!! bukan aku yang invite :(

Tutup mata cepat! Tutup ok.. Jangan main tipu! 






Selepas aku menjumpai page-page ni, fikiran aku bertungkus lumus berfikir.

1) Cari jodoh online boleh dipercayai ke?
2) Berapa ramai agak-agaknya yang masih mencari?
3) Erkkk..Perlu ke ayat-ayat cliche didalam page itu?

Apakah? Apakah? hahahaa.. BUT, aku like ya page itu semua.. Gigih aku mengelike and mengINVITE kawan aku.. Lau dorang marah.. habes lah aku.. ^_^

BTW~ Korang yang nak menjelajah.. boleh lah click kat link tu ya.. Cubalah lihat-lihat cuci mata.

Kepada yang mengusahakan PAGE-PAGE ini, aku nak ucapkan tahniah kat korang.. Atleast korang ada hati jugak nak menolong orang-orang yang pemalu dan terlalu busy..

Aku nak cari jugak lah, nak submit application untuk cari jodoh BOLEH?
Dapat tau PuanMama.. Kena sembelih aku! Hahaha.. Chow!

Assalamualaikum..

P/S : Jodoh itu memang rahsia Allah.. dan ianya akan datang jugak kepada kita tapi jangan lupa disusuli dengan USAHA ya kawan-kawan..

Tuesday, 17 September 2013

Demam SPA8 ^_^

Hello semua! Im back here.. ^_^ Setelah aku jenuh membersihkan blog yang dah bersawang ni... suka betul Incik Lelabah ye..

Ok, sekian lama aku menyepi.. menyendiri... dan mencari inspirasi.. tiba-tiba aku dikejutkan oleh sepucuk surat.. yang membuatkan aku terkesima.. 7 tahun aku menanti.. sekarang baru kau menonjolkan diri..

Oh my god! Oh my god!
Aku dapat surat ini weh!!!!


Tanjat tak tanjat la kan.. SPA8 ya kawan-kawan..
Seriously, aku tak tau nak buat apa.. sebab aku tak ada pengalaman langsung.. macam mana ni?
Semenjak dapat surat ni, hidup aku tak tenang.. mandi tak basah.. tidur tak lena.. makan tak kenyang-kenyang.. macam mana? alamak.. 

PENERBIT RANCANGAN GRED B41

Kena baca berita.. ada ujian suara.. penyampaian.. ok, aku kena yakin kan? kalau tak yakin.. macam nak pergi interview tu.. ok..ok... jangan gabra eleen.. u can do it.. kalau ada rezeki.. InsyaAllah..

So, korang.. tolong la doa-doakan aku ek? or ada yang nak share experience.. sila-silalah..
maklumlah.. saya ini budak baru nak belajar..
^_^

Sunday, 17 February 2013

SEGMEN : Song In My Heart

Morning Semua ye ^_^
Pagi-pagi ingat nak cuci mata then ternampak  abg remy join satu segmen.. apa lagi! mood pepagi ni... aku pun terjah la! ^_*


Taraaa! Click banner yg cute diatas untuk join segmen ini jugak ok! :)

Waaahh.. kelas kau jah! Aku ni jenis orang yang tak reti nak luahkan apa yang aku rasa. So, siapa yang kawan ngan aku akan turut merasa stress nya. untuk faham aku kena faham lagu yang aku suka. itulah aku!

Opsss..aku dah over membebel ni, okok. setiap lagu ada ceritanya (gaya-gaya yuna)
Kenangan,kesakitan,cintahati dan kehidupan..

Ini dia lagu pilihan aku...



"Thinking Of You - Katy Perry"

Kenapa aku pilih lagu ni ek..sebab lirik dia..ambil yang positif, yang negatif tu tak payah lah korang nak bayangkan -..- 

My fav part of this song 

"cause when i'm with him i am thinking of you"
&
"Oh, I wish that i was looking into your eyes"


Tunggu apa lagi, jom join segmen ni. bukan kemenangan yang diambil kira tapi perkongsian sesama kita.
^_^

P/S : Masa berlalu tapi kita masih hidup dan bernafas disini kerana memori itu T_T

Monday, 4 February 2013

. . . Aku Dah Buntu . . .



Hello u'ols...
Aku menulis kali ni sebab aku tak tau dengan siapa lagi aku patut share..disaat aku mencuba untuk menerima seseorang dalam hidup aku..aku keliru...aku tak tau kenapa..perasaan ni normal untuk orang yang akan memulakan hidup baru atau aku sendiri yang cari pasal? T_T

Dia kembali dalam hidup aku, dia yang tak pernah hilang namanya dalam hati aku...

Atau

Dia yang menerima aku apa adanya, menanti kasih sayang dari aku :'(

Letih sangat, aku dalam dilema :'(  Tolong aku korang!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Buat masa ni, ini adalah pilihan terbaik. aku buntu! seriously..... =( =( =(

Monday, 28 January 2013

. . . Al-Kisah Setia Hujung Nyawa . . .

Hello All!
Wawaaaaaw! sekarang ni tengah demam "Setia Hujung Nyawa" kemana saja aku pergi, orang sibuk story morry pasal si zen and ersalina. huh! i love you zain hakimi!!! Opsss...over pulak aku.. aku pun minat cerita tu jugak. siap cari buku tu tapi sayang tak jumpa! huhhh...merajuk dengan popular :'(

So far aku pun tersangatlah berpuas hati dengan lakonan dorang berdua, seriously.. Zain Hakimi berjaya membuatkan aku lupa pada Adam Mukhriz! laalaalaalaa... :P

 Taraaa! aku pun nak bubuh jugak buku ni dalam cebisan entry aku.. aku first time dengar nama Fatin Nabila ini tapi memang tak mengecewakan. Aku suka cara penulisan dia, tak terlalu berat..senang cerita..budak-budak pun boleh faham lah!

Tapi bila dah diadaptasi lagi best, atleast cerita dia nampak realiti sikit. kalau dalam novel tak seteruk macam dalam tv..huh! dalam tv tu, memang buat aku betul-betul benci kat Zain tu.. rasa macam nak masuk dalam tv dan cakar muka dia. hambikk ko zain! hahahhahaha..

Kerana kasih seorang isteri, dia sanggup menerima cacian dan makian, kerana cinta dari seorang isteri, dia sanggup terseksa walaupun ianya bakal mengundang beribu derita. wah! ayat aku... heeeeeee...

"Tiada insan suci yang tiada tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"

aku suka ayat seperti yang diatas, kita semua diingatkan supaya menerima semua orang seadanya. Kita manusia kan, ada baik dan buruknya.

Kita sebagai seorang manusia juga kena ingat...bagaimana diri kita, macam itu jugaklah Allah jadikan pasangan kita. :')

Thursday, 3 January 2013

. . . Dara Oh Dara . . .

Salam reader's

Fuhhh! bersawang-sawang blog aku ni...dah lama aku tak menulis entry....not in mood la katakan...hahahaa..
First at all, happy new year everybody's! apa azam korang tahun ni? hope so boleh la termakbulkan? amin!!


 Entry kali ni nak memperbetulkan tanggapan orang pasal "DARA". Well, as we know. Selaput dara adalah selaput yang sangat nipis and for sure senang nak koyak right?

Bayangkan lah, if pompuan tu jenis yang suka memanjat, atlit, bergayut atas pokok, merempit, jatuh katil, ada taekwando, silat, and bla..bla...so, korang tak boleh nak salahkan dorang kan? macam-macam kemungkinan boleh terjadi.

Bila masuk bab dara, waahhhh... brother-brother pangkah abis calon isteri, konon-konon nak yang suci murni seperti adabi! Aku tak salahkan korang, hak korang untuk memilih calon isteri kan, yang aku cukup anti! adalah type "NAK BARANG BARU TAPI DIA SECOND HAND" alamak...lu spoil la der!

Pentingkan diri sendiri, maybe ada antara kita yang terlupa "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" begitu jugak la sebaliknya. Aku selalu dengar, sebelum kahwin or nikah ramai lelaki akan tanya macam ni. "Awak still virgin ke ek?" OhMyAllah.....sabar jela ok....bagi aku kami sebagai seorang perempuan tak akan menipu bab dara-dara ni sebab if kami tipu, confirm kantoi kan? after first night? hihihiihihiiii... bagaimana pula dengan Sang Arjuna? fikir-fikir kan lah.. dengan manusia kita boleh tipu, but kat atas tu.. CCTV 24hours.

Bak kata Puan mama, "don't do something stupid!" amekaww... gulp! gulp!

So jangan tanya soalan "kau ni dara ke tak?" kat awek or bakal bini ko. soalan tu dah tak commercial lagi. tapi kau tanya macam ni "kau pernah buat seks tak?" haaaaaa.. soalan tu terbuka, dua-dua boleh tanya. macam tu baru fair kan?

Ingatlah...dunia ni macam video game, yang kekal tu kat sana nanti...seronok kat dunia tapi kat sana terbakar? kau nak ke? aku taknak... :'(

P/S: penat dah aku membebel. :p over pulak..