Tuesday, 29 May 2012

. . . Heaven For Me . . .

Hye readers..
Hari ni kat kawasan aku..cuaca redup je..macam tahu isi hati aku yang tengah suam-suam kuku ni...erkk? wehuuu..smile again :) ok, if korang tension...korang buat apa eh? mesti macam-macam kan kan? bagi aku..if aku dah memang tension tahap hyperbola..aku akan buat decision untuk mencutikan diri aku..bukan apa,masing-masing perlukan ketenangan kan?

Antara-antara tempat-tempat yang menarik..

1) Kampung yang ada sawah padi.

aku suka sangat suasana sawah padi, al maklum lah aku dilahirkan di tempat yang tak ada sawah padi, so pilihan aku yang pertama adalah kampung, bila aku mintak pendapat kawan-kawan aku..mostly akan cakap " are u sure girl? i dont think u cant stand in kampung, its like to pelik ok.." urghh!! tak membina semangat langsung..nampak sangat nak rendahkan semangat aku.. ko tak pernah rasa hidop kampung memang la ang cakap cenggitu! cuba sekali baru tahu..pekena ikan keli bakar...fuhh..mandi parit...


2) Hutan belantara (Janne wanna be)

ohhooooohohohhhooooohoooooo (gaye janne dalam citer tarzan) dalam hutan pun agak adventure kan?but macam kurang sesuai dengan perangai aku yang sedikit penakut ni..bukan sedikit ok! banyak gileeeeeee...if aku nak pergi pun maybe dalam hati aku penuh dengan word "aku kena paksa! aku kena paksa!" macam time sekolah dulu..berapa kali aku kena masuk hutan..camping..and so on..jadi budak baik pun salah! :(


3) Island yang sangat indah

I love island..aku membesar sebagai budak pulau..keturunan aku memang dari laut..atuk aku nelayan..rumah aku pun dekat pesisir pantai..bapak aku tak boleh berpisah dengan laut..macam keturunan "MERMAID" pun ada kan? yes! sesungguhnya aku memang kuat berangan..kalau aku bercuti kat pulau..aku akan bangun seawal 6 pagi untuk breakfast dan tepat pukul 7 pagi aku akan mulakan sessi berenang...wahhhh..heaven weyh...aku rasa sangat comfortable dengan air laut..bila dah dalam laut,aku takkan naik darat dah...selalunya aku pergi holiday dengan Cik Mala, dia ni lah yang akan jaga makan minum aku dan menjerit suruh aku naik kedarat bila time nak senja..Thanks kakak! for being my bff.. credit to Cik Mala..



So, korang nak join aku tak? or ada cadangan lain?? share la weyh..tapi jangan nak mengarut lak bagi cadangan ya...aku nak balik ni..babai!

Monday, 28 May 2012

. . . let's thinking . . .

Lepas aku tulis entry pasal curang tu..aku teringat pasal satu makcik ni...aku nak tulis la..bukan nak jadi minah propa...just nak shared the truth..aku nampak dengan mata kepala aku beb!

One fine nite..aku dengan member aku hang out habiskan waktu malam minggu kitorang dekat satu club yang agak famous kat area bangsar..wehuuu..aku punya la semangat..dah lama kot aku tak join member-member aku..yela,busy dengan kerja..mana nak jaga tidur..jaga masa aku..jaga suami dan anak aku..(yang kedua terakhir tu aku tipu)

Tengah-tengah aku nak cari line coverage dalam club tu..sambil minum-minum membasahkan tekak yang dah rasa kering gile time aku terjerit-jerit tengok kawan-kawan aku buat kerja gila..mata aku terpegun memandang satu susuk yang agak berlainan pada malam itu...woiiiiii! "makcik dekat dance floor beb~" terkedu sementara..aku usha dengan teliti..takut salah pandang..aku tak mau dapat dosa free..dah lah dosa aku dah berbuku-buku :(

Kalau korang tengok dari jauh..muka makcik tu...korang kompem ingat makcik tu maria farida..but bila dah dekat-dekat..lain sangat la...tapi aku bagi credit kat makcik tuh..ko bayangkan lelaki yang dok sebok mengedik kat makcik tu semua 20++ beb! superb tak superb la makcik tu kan.. plus ada extra $$ lagi lah membe-membe aku tergedik-gedik berebut nak kat makcik tuh..

Well, kehidupan dalam club..orang tak kenal pun korang boleh kenal..aku dapat jugak borak-borak ngan makcik tu..dia ada suami..tapi suami dia sibuk..so,dia pilih jalan ni..mengucap panjang aku time tuh..aku terkedu doe..aku rasa malam tu lah malam yang paling sunyi untuk aku..aku banyak duduk and diam je..sampai member aku tanya..dia takut aku od..dont worry der..aku tak sampai ketahap itu untuk menjadi terlalu bodoh..boleh pulak suami dia sibuk sampai tak tau aktiviti isteri dia...apa nasib anak-anak makcik tu nanti?

Kepada makcik,
saya mintak maaf..bukan niat saya untuk memburukkan nama makcik,saya menulis untuk berkongsi dengan kawan-kawan saya..nama makcik pun saya takkan mention..saya tahu niat makcik baik..tapi cara makcik salah..sekarang makcik tolong anak-anak gadis orang macam mana nak hidup mewah...makcik bayangkan kalau anak-anak makcik jadi macam tu?

P/s: jangan kita menghina seseorang tanpa bertanyakan alasan..menipu or tak, tu hak dia..jangan nak simply judge orang..

. . . Curang vs Menipu . . .





Hye back ^_^
kadang-kadang kita selalu mengharap kecerahan langit hingga kepetang kan?tapi..langit tak selalu cerah..if selalu cerah..bosan jugak kan?so,kehidupan ni ibarat langit..kadang-kadang hujan..lighting..kadang-kadang panas sangat..but life must go on right?

Sorry kalau mukadimah aku tak bagus..ok,hari ini aku nak story pasal "curang"
as we know...curang ni dah jadi macam habit dah kan?memang susahlah nak cari orang yang "TAK RETI" curang sekarang ni..mostly...semua pernah curang..or pernah berniat nak curang...eleh....bukan aku tak percaya korang..but! masa zaman muda mudi dulu..nafsu menguasai akal..macam-macam nak try..antara bodoh atau tak je nak buat...

curang..curang atau dalam bahasa omputih nya.. 'unfaithful' satu perlakuan dimana kita mengkhianati pasangan masing-masing..if curang dengan pakwe atau makwe tak apa kot..but! if curang kat wife or ur hubby...pandai-pandai la korang jawab nanti eh...jangan mintak tolong jiran sebelah pulak! memang pakat kena maki je karang..pandai curang pandai lah tanggung..bukan apa weh..Hukum dunia dengan hukum agama jangan dibawak main..terbakar weh! seksa karang..tak sanggup aku..

sekeliling aku..termasuklah aku..pernah jugak curang ngan bf..nak tau alasan aku apa?
aku bosan dengan ko! ko takde mase dengan aku! ko tak faham aku!
alasan aku tersangatlah annoying kan? but memang serious,tu la alasan aku setiap kali aku "KANTOI'
padan muke ang alin! dush..dush...opsss! cukup,aku dah start meyerong..

Curang antara bf & gf memang takde hal la kan..itu ikut hati nurani korang memasing..tapi ingat..

"What goes around comes around"

bila kena kat muka ang, baru ang tau..panas or pedas tak..time tu kalau ang nak ais letak kat muka ang pun..tak dapat dah...nasi dah jadi bubur...So,moral of my entry for this time is fikir dulu before korang nak buat something....dunia ni bulat wokkkk!

P/S: happy reading dan selamat beramal! :)

Friday, 25 May 2012

. . . One And Only by Adele . . .

Mood aku tetibe nak share lagu one and only by adele kat blog aku ni..lyric lagu ni sangat lah menyentuh tangkai hati aku yang rapuh ni..plus more! ada someone bagi aku lagu ni..

You've been on my mind
I grow fonder every day,
Lose myself in time
Just thinking of your face
God only knows
Why it's taken me so long
To let my doubts go
You're the only one that I want

I don't know why I'm scared, I've been here before
Every feeling, every word, I've imagined it all,
You never know if you never try
To forgive your past and simply be mine

I dare you to let me be your, your one and only
Promise I'm worthy to hold in your arms
So come on and give me a chance
To prove that I'm the one who can
Walk that mile until the end starts

I've been on your mind
You hang on every word I say
Lose yourself in time at the mention of my name
Will I ever know how it feels to hold you close?
And have you tell me whichever road I choose you'll go

I don't know why I'm scared 'cause I've been here before
Every feeling, every word, I've imagined it all,
You'll never know if you never try
To forgive your past and simply be mine

I dare you to let me be your, your one and only
I promise I'm worthy to hold in your arms
So come on and give me a chance
To prove that I'm the one who can
Walk that mile until the end starts

I know it ain't easy
Giving up your heart
I know it ain't easy
Giving up your heart

(Nobody's perfect, trust me I've learned it)
I know it ain't easy, giving up your heart
(Nobody's perfect, trust me I've learned it)
I know it ain't easy, giving up your heart

I know it ain't easy
Giving up your heart
I know it ain't easy
Giving up your heart

So I dare you to let me be your, your one and only
I promise I'm worthy to hold in your arms
So come on and give me a chance
To prove that I'm the one who can
Walk that mile until the end starts
Come on and give me a chance
To prove that I'm the one who can
Walk that mile until the end starts.

. . . OnCe Upon a tiMe . . .

Hye reader..
as we know..kehidupan ni ada musim nya kan? ada musim bunga...luruh...sonata....tengkujuh...kemarau...dan sakura (erk??ada ke musim sakura??)...


PILOT...
mesti ramai yang teruja nak cari future husband or nak cari boyfriend kan? ye,aku tau..siapa yang tak nak ada someone yang ada kerjaya kan? aku pun sama..macam-macam aku pernah lalui..apesal aku nya hati sakit semacam je ni..

ramai yang nak tau macam man kisah aku dengan Incik Pilot kan? yela..masa kat kolej dulu..ramai jugak yang pertikaikan..macam mana Budak Gemok macam aku ni boleh dapat Incik Pilot?? Well..ketentuan dibuat dari yang Esa..Dia maha mengetahui ok...siapa aku nak melawan takdir..ok..back to topic yeah..aku tulis entry ni untuk explain...banyak korang tanya kat aku..apa jadi kat kitorang..happy ending??? not really..

Kepada kawan yang sentiasa menyokong aku,thanks a lot..cukuplah apa yang aku tanggung selama ni...kisah aku dengan Incik Pilot dah tak ada episod akan datang.. KECUALI dengan jodoh dariNya aku terima dengan hati yang ikhlas..sobs~sobs~

Sepanjang aku dengan Incik Pilot, banyak benda yang aku belajar dari dia..dia macam cikgu aku..ya,mula-mula aku mengaku..aku terima dia bukan sebab "CINTA" tapi aku terima dia sebab aku nak balas dendam..itu silap aku, aku mulakan satu hubungan dengan niat yang negatif..Allah bayar cash..banyak benda yang aku tak mampu untuk luahkan..cukuplah sekadar aku minta kat kawan-kawan atau family yang rapat dengan aku supaya jangan mempersoalkan status aku lagi..

Hidup ni indah tetapi manusia terlalu taksub untuk menikmatinya..sampaikan lupa hukum hakam agama..aku tahu aku tak sebaik mana tapi aku ada niat untuk melakukan perubahan..aku tak mintak belas kasihan sesiapa..aku ada Cik Kawan yang sentiasa ada disaat aku terjatuh..even persahabatan kitorang tak selama mana..aku tau aku boleh percaya kan dia..to Cik Kawan,aku sayang ko beb! hahahahahaa..

Hurm..aku rasa cukup kot penjelasa aku..lepas ni aku mitak tolong sangat-sangat...jangan la tanya kat fb ke..twitter ke..bbm ag la jgn..aku rasa cukup panjang lebar kot penjelasan aku kat sini..doakan yang terbaik untuk kami..doakan aku bahgia dengan hidup aku..kepada kawan-kawan aku yang suka baca blog aku ni...jadi la follower aku...wehuuu..

 P/S: hati aku sedikit terusik masa tulis entry ni..

Monday, 14 May 2012

. . . Tiga kata . . .

Ait! Ait!
Taraaaa!! bile jari dah mula menaip satu entry..akan terbit lah entry yang mengarut-ngarut macam ni...ok, tibe-tibe aku teringat pasal tiga kata..ala! lagu KRU tu lah..nak aku nyanyi tak? hahahaa..tak payah! kesian member-member aku yang duduk jauh dari area office nak balik karang..

Hurmmm...bagi aku..perkataan I LOVE YOU..WO AI NI...SAYA CINTA AWAK..ANNA ILLUVI ANTA..EIS LEBEN DU..tak penting!! nyah kau!! wahh...ini menandakan yang aku betul-betul tekad..memang setiap wanita dikurniakan hati untuk mencintai dan dicintai..aku pun ada rasa macam tu..cuma aku nak keraskan hati aku untuk satu lafaz yang boleh buat aku ingat sampai bila-bila..

Duhai Bakal suamiku~ (poyo dow!)
Jangan kau biarkan kehadiranmu hanya seketika..
kebersamaan kita hanya sementara..

Petikan dari: << 7 Petala cinta >>

Kenapa perlu mencari yang haram sedangkan kita akan dikurniakan yang halal kan?
Walaupun aku tak begitu sempurna..aku mengaku..aku banyak melakukan kesalahan..tapi benda tu yang mendewasakan aku..

"Aku terima nikah Aminah bt Ali dengan mas kahwin sebanyak RM2,500 tunai"

atau

"Sudikan awak jadi awek saya, i love you damn much"

Agak-agak mana pilihan korang? Wehuuu.. Babai! :')

. . . Back Stabber . . .

Dear All,
Thanks for reading yeah~even korang sorok-sorok baca and tak mau jadi follower aku pun..aku akan terus menulis dan menulis untuk meluahkan rasa hati aku sebagai seorang manusia kat dunia yang fana ni..aiseyhh~ terbaik!

Ok, korang pernah tak rasa ditikam dari belakang? hurmm..selalunya..kawan baik sendiri lah..sesiapa yang pernah rasa tu memang akan tahu macam mana pedihnya bila ditikam kan..down gila dow! rasa macam nak terjun dari menara westport jew...hohohoo..siapa yang tak tahu apa itu MENARA WESTPORT silalah ke Incik Google ye...segalanya ada disana..

Ok, kebanyakkan orang yang suka menikam kawan dari belakang ni adalah golongan "HEY LADIES" sorry girl..bukan nya apa,tapi ni memang kenyataan..kenapa?apa punca?bagaimana? erkkk...
apa yang aku berani cakap..semuanya berpunca dari perkataan JELOUS atau dalam bahasa CEMBURU.. well,as we know..mana ada manusia yang puas dengan apa yang dorang ada kan?segalanya tak cukup..

Bagi aku, tak payah kot nak berdendam if korang dah kena tikam dari belakang..bukan ada pekdah (faedah) pon..buang masa korang and menambahkan dosa korang..if dosa sikit takpe..ni tak,bahu pun dah senget sebelah..hihihi..

Kepada yang suka menikam orang dari belakang tu..aku mintak maaf ya...aku menulis sekadar berkongsi..ingat..dunia ni bulat..bukan segi tiga..segi empat and pelbagai jenis bentuk la..what goes around comes around..langit tak selalunya cerah beb..fikirlah...

Babai!!

. . . Ketika kau mengingatkan . . .

Hye all....
Orang kate tak boleh sambut hari ibu kan..so,hari ni..timbul idea..aku nak story sikit pasal pengalaman hidup aku yang tak pernah lepas dari buat silap dan salah..satu hari aku terbaca diari mama...ops! aku tak sengja ok...if tak ada kena mengena dengan aku..aku takkan continue baca SERIOUSLY!

"if mama dah tak ada nanti..jaga adik-adik...jaga babah..if babah nak kahwin lagi..biarkan je..mungkin babah sunyi..jangan fikir yang bukan-bukan..kurangkan melawan dan turunkan ego kakak tu..kalau tak mampu jaga bibi and sayangi bibi, hantar dia kat rumah anak yatim al-munirah..harta mama yang paling berharga cuma anak-anak mama..mama tahu mama bukan ibu yang baik..maafkan mama.."

Enuf! aku tak boleh nak ingat lagi..kat office ni..if tak..banjir karang...
ya..aku memang suka melawan...aku memang suka membebel..itu sifat aku yang mak aku tahu sejak dari dalam perut lagi..but~

"mama,akak janji..walau apa pun terjadi..kitorang takkan terpisah..rela atau tak rela..benda tu tak akan mungkin terjadi..mama ajar akak jadi kuat..mama ajar akak jadi tabah..mama ajar akak erti menahan air mata..mama yang tengok jatuh bangun akak..for u mum, I LOVE U!!!!

P/S: stop dulu eyh..nak g toilet~



Thursday, 10 May 2012

. . . PenGorbaNan . . .

hye reader!
im back..sorry sangat-sangat..busy kerja..erkkk~busy kew? hahaha..

hari ni aku nak share something..aku tau..aku tak perfect mana..aku akui yang aku masih lagi belajar..belajar nak meniti titian hidup aku...belajar untuk bangun selepas terjatuh..yeah~maybe,sekarang ni aku ada Incik babah and Mem besau untuk jaga aku..but sampai bila?

Bila susah sikit nangis..masuk meeting dengan mem besau..asal takde duit sikit..Incik babah bagi..yes! memang betul..aku agak manja dengan family aku even aku anak first (kak long) sekali pun..to adik-adik aku..wekkk!! :P jangan jelous...hahahhaahah (gelak jahat)

So,aku nak ucap kan thanks a lot pada family dan kawan-kawan rapat yang ada dalam hidup aku..yang tengok tongeng terbalik hidup aku..macam mana aku merangkak balik untuk berjalan dengan betul...wahhhh..touching ni...

kepada yang tak puas hati ngan aku..aku mintak maaf..kata lah apa korang nak kata..aku terima..aku redha..aku tau korang baca blog ni even korang tak komen sekali pun...hehehe..thanks ye~coz sudi melawat blog aku yang baru nak hidop ni...

last sekali...if nak kutuk aku..kutuk la...tapi jangan libatkan family aku..semua yang aku buat dulu tu..family aku tak terlibat pun..family aku tak pernah ajar aku..Mem besau  tak pernah cakap.. "kakak pergilah clubbing..enjoy la sikit! enjoy ur life,dear!" hah! memang tak la Mem besau nak cakap cam gitu..

ok lah,aku rasa kat sini dulu kot aku stop..aku nak buat kerja lain la...nak balik!!