Tuesday, 31 July 2012

. . . Kisah "Mak" jemah yang hilang . . .



Pagi tadi aku dah pelik tengok kawan aku yang sorang ni mundar-mandir kat belakang aku, ishh! tak senang hati aku yang tengah membaca status-status terbaru di pesbuk.

Muka dia dah macam hilang punca..nampak pucat seolah-olah darah dalam badan dah habis disedut oleh sang vampire yang durjana!

"kau ni nape jemah?' Jemah ni budak kedah, tua dua tahun dari gua..mekap tebal kalah rozita che wan. Tengok macam kesian nya mukanya tapi kalau tengok lama-lama memang menyampah. ahahhhaaa..aku gurau.

"Mak aku hilang lah alin" dengan sepantas cahaya, muka aku turut berubah..terherot-herot muka aku kehairanan.

"hah! bila mak kau hilang? dah cuba cari?" aku terus tembak jemah dengan soklan-soklan yang takkan bagi chance dia nak bernapas.

"petang semalam..dah merata aku cari...tak jumpa la..aku tak tau nak buat apa lagi" nada seakan-akan nak menangos weh..percayalah cakap aku..

fuhhh..kesian...siapa tak risau if mak ilang...kalau mak aku hilang...macam mana la kan...

Jemah berlalu ke dept. human resources. "nak ambik cuti la tu, biarlah dia perlukan masa untuk cari mak dia" sambil mengelap titis-titis mutiara yang jatuh.

Kira-kira lima belas minit kemudian, aku nampak muka jemah berlari-lari ayam masuk kembali ke dept. kami, muka ceria gila. senyuman dibibir menceritakan segalanya.

"mak aku dah jumpa!" kelegaan jelas terpampang dimuka jemah.

"alhamdulillah.....jumpa kat mana? mak ko ok tak?"

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni pelangi yang tiada belas kasihan pada gua, Jemah membalas padu :-

"dalam sinki pantry..."

Korang dapat bayangkan muka aku time tuh? *#*(&#^@*#^@#^(!

"Mug la weh! bukan mak! pronunciation macam jahanam!" baik aku angkat kaki sebelum kaki aku naik kemuka jemah.

Sia-sia aku nervous pagi tadi. -..-


"ATTENTION ALL :-   INI ADALAH MUG not MAK or MARK"




Thursday, 26 July 2012

. . . Meh sini kalau BERANI . . .

Hye kembali!
Korang mesti pernah dengar pasal 

" The Tallest Water Slide in the World "

Semalam ada sorang kawan aku email gambar-gambar slide tu....gila korang.....soklan pertama yang melintasi arena pemikiran otak aku yang bijak ini adakah....

" kau cukup berani nak naik slide ni? "

urghhh! sesungguhnya aku mengakui yang aku tak akan naik slide ni even diupah berjuta-juta pun..melainkan aku terdesak and dorang bagi aku ubat tingtong BIUS yang boleh mematikan segala urat saraf aku untuk seketika...

Meh sini aku share gambar-gambar yang aku dapat semalam.
by the way credit to #MissEmma.
^_^ Thanks cayunk.


Dari jauh pun aku dah kecut perut tengok weh!


Ambik....korang nampak tak betapa curamnya waterslide ni...kalau dikira ikut formula fizik
(berat+ketinggian=had laju)
korang agak-agak betapa lajunya slide ni kalau aku adalah penumpang nya....


Starting point bebeh....


Wohoooo! yang ni aku tak tau nak cakap apa dah...hanya orang itu sahaja yang dapat merasainya....
sila tanya dia oke,bukan saya. -_-'


Korang bayangkan if masa turun tu korang tak masuk dikawasan yang betul? final destination weh!


ini tempat aku...dimana aku hanya akan bermain-main ditepi-tepi kolam ini....confirm selamat!
fuhhhhhhh..lega makkkkk...

. . . Wujud Lagi Ke . . .

Salam jumaat semua...

Korang pernah dengar pasal Restoran Malaysia Negara Ku tak?
sepanjang aku hidup dekat sini yang dekat dengan shah alam..baru hari ni aku dengar pasal restoran ni...adakah aku terlalu tidak mengikuti perkembangan semasa?? Oh No....kesian ko alin....

Restoran ni buat offer RM2 untuk sekali berbuka puasa...sama ada buffet or apa aku tak tau...yang aku tau.....kita kena tunjukkan MyKad untuk memastikan yang kita betul-betul warganegara...

Dengan dua ringgit tu..pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan 3-4 jenis lauk bersama segelas air...jangan tanya aku kualiti masakan nya....sebab aku tak pernah masuk and aku baru tau pasal kewujudan kedai ni...

Meh sini aku share gambar yang aku dapat dari En. Google ^_^


 Ni lah bentuk rupa kedainya...kalau aku salah aku mintak maaf oke :)


Makanan dihidangkan macam dekat hostel :)


Lepas makan sila basuh pinggan oke? jangan expect korang dapat service fine dining lak 
=p


Wednesday, 25 July 2012

. . . 10 perkara yang buat aku geram . . .


 Hye Reader..
Alhamdulillah....dah masuk ramadhan ke enam...aku masuk je office, aku nampak gambar kat fb yang buat aku macam excited nak tulis entry hari ni....opsssss..panjang lebar lak introduction aku...

Entry hari ni nak citer pasal "10 rude malaysian habit" seriously, bila tengok gambar ni...aku geram sorang-sorang...ntah lah! maybe aku memang selalu jumpa dengan orang yang ada "ugly habits" ni...

kita bermula dengan :-

10) Being late.
* Salah satu tabiat yang boleh buat orang marah dan juga boleh menjatuhkan air muka sendiri.
Sebagai manusia aku rasa kita patut "punctual" supaya orang lain juga menghormati kita. aku punya perangai, aku tak suka tunggu orang dan aku pun tak suka buat orang tunggu aku. Muktamad!

9) Lepas tangan.
* Ok, ni lagi satu sikap.pengguna dipasaraya besar seperti Jusco, Tesco, Carefour dan lain-lain. Kemudahan troli digunakan, tapi tak pandai nak berterima kasih. aku tau memang lah ada 'bangla' akan tolong kutip troli-troli tu but tak salahkan kalau kita letak troli tu ditempat yang betul. bukan berseoah-sepah ditempat parking? kan?

8) Ucapan terima kasih (THANKS)
* Orang buat baik, tolong kita dan bantu kita. bagi kita senang, apa salahnya cakap "thanks" bukan susah pun..if nak cakap "terima kasih" tu macam panjang sangat, cakap je "thanks" mudah dan ringkas kan? bukan kena bayar pun nak cakap "thanks" tu.....

7) Tutup pintu lif
* Hurm....kalau aku memang aku sound orang macam ni, pernah sekali tu..mem besau pergi ke satu building gov. and lift cuma ada 3 orang jew..aku rasa lift tu boleh naik dalam 15orang...mem besau sikit punya berlari-lari suruh orang tu tunggu....dengan selamba orang tu tutup pintu lif padahal dorang nampak and pandang mem besau yang boleh dipanggil aunty sedang berlari ke pintu lift! wadefak r...aku jumpa ko...memang aku kepit kepala kau kat pintu lift tu.... PERANGAI MACAM ^%&^!%#&!%#% NI PUN ADOOOO?

6) Gangguan telefon bimbit
* Yeah...ini lagi satu makhluk, kat office aku ni sebagai contoh...punya bising and suk sibuk pasal dept. aku pasang radio....TAPI! sekali handphone dia bunyi...baby dalam perut pun nak tutup telinga ok...seriously aku tak TIPU...kepada ang yang tak sedar diri, silalah perlahankan volume ringtone anda yang macam **&^(*)(*%^^&*!! tuh... aku mintak tolong sangat-sangat..

5) Penumpang LRT/BAS
* If kita naik LRT/BAS kita akan nampak sign board

"sila bagi laluan penumpang untuk turun dahulu"

adakah ianya terlalu susah untuk mematuhinya? demi keselamatan diri masing-masing kan?if ikut apa yang singboard tu cakap..insyaAllah...tak ada apa-apa yang buruk akan jadi...bagi laluan kat orang...jangan nak berebut-rebut....

4) Keutamaan bagi perempuan mengandung & Warga Emas.
* Dalam tv kan selalu keluar iklan, bagi keutamaan kat dua golongan ni..tapi aku tengok, ada jewp yang buat muka tak bersalah bila nampak nenek-nenek yang kat tangan penuh dengan barang tapi kena berdiri padahal sebalah nenak tu remaja umur 20++ ergh!

3) Parking ku dicuri!!!
* Aku dah bagi signal, sikit punya cantik...tiba-tiba ada pulak satu kereta ni dengan selamba cross aku dan masuk ke parking yang aku tunggu lama tadi tu...sabar jela weh....if mem besau tak ada sebelah aku, memang kena dah orang tu..kalau korang kena macam ni..apa korang nak buat?

2) Sila tengok signboard "DILARANG"
* Masalah yang agak besar jugak bagi aku, terutama dekat petrol pump....kebetulan kereta aku bersebelaha dengan kereta pakcik ni....dah lah enjin tak tutup...itu memang dah teruk....lepas tu dia bantai bergayut! selamatkan aku ya allah (sepanjang aku tengah isi minyak) yang paling aku rasa nak terajang muka pakcik tu...dia slumber keluarkan rokok and smoking....aku buat muka ketat masa dia pandang aku dengan penuh senyuman 'bodoh' dia.... kepada pakcik "pakcik,saya tahu pakcik hidup dah lama, tapi saya baru hidup 22 tahun pakcik...tolonglah pakcik....."

1) Memandu dengan bahaya.
* Aku rasa ini adalah benda yang paling-paling aku sakit hati sekali tahap dewa la.....aku rasa semua orang yang ada lesen kereta tahu cara pemanduan kereta kan?macam mana nak potong kan?memotong disebelah kanan kan? bukan kiri kan? pastu if nak tukar lorong kena bagi signal first la brader! wa tau lu terer bawak kereta tapi lu jangan nak bahaya kan nyawa gua sekali brader! haish...lepas tu bila jem, ada pulak yang tak reti sabar....asyik nak main hon jew....letih aku weh bawak kereta kat area jem ni....baik aku jalan kaki lagi bagus...

P/S: thanks to the pic yang bagi aku inspirasi for tulis entry today. credit to En google.

Friday, 20 July 2012

. . . JOM TAMBAH GENG BLOG . . .

Hi Readers!
Petang jumaat ni sedang aku berblogwalking ang jogging..
aku ternampak satu contest "JOM TAMBAH GENG BLOG"
Wahhhh..loke great kan? hadiah yang ditawarkan pun lumayan jugak..

here we go!!!


Jum lah join? atleast dapat tambah follower kan?
syarat dia pun tak susahkan kot sebab aku pun dah berstatus
"follower dia"


kawan-kawan aku yang boleh anda intai-intai :


dan ini juga

Wednesday, 18 July 2012

. . . Iklan yang Touching Abes . . .

Aku baru lepas baca entry di Blog Mak Dara, sekarang ni mak dara tengah busy menemankan suaminya yang tercinta buat penggambaran iklan..tiba-tiba aku teringat dekat satu iklan PETRONAS...iklan tu if aku tengok banyak kali pun..confirm boleh nangis...

"ABAH DAH PAKAI LAMPIN"

Ni lah ayat yang aku boleh ingat, menantu dia memang ada masalah...mintak dijauhkan lah suami aku tergolong dari 'pattern' macam ni...well kasih sayang seorang ayah tu tak ada tandingan kot...

Setiap kali ramadhan aku akan tunggu iklan dari petronas....
jom layan..... :'(

. . . Jom sertai Bloglist Ramadhan Askrie Hishamuddin . . .

Morning Uols...
Pagi ni aku nampak  "Askrie Hishamuddin" buat bloglist for ramadhan..
so, aku rasa aku wajib join! huhuuu...

Ramadhan tinggal satu hari lagi...
alhamdulillah..aku jumpa lagi ramadhan ni...
(lap air mata guna lengan baju)

So, come on! join this "RAMADHAN BLOGLIST" semoga bertambah lah kunjungan tetamu blog aku ni....





Salam Ramadhan dari aku...

 

. . . Mak! Rombongan Meminang! . . .

18/07/2012@1627hours.

Kepada sesiapa yang masih lagi menunggu rombongan meminang..korang bolehlah bersiap sedia ya...baca entry aku ni, if nak lagi serious...take note...

1) BUAT MUKA COOL. DILARANG GELABAH!

ok,aku faham...if first time ada rombongan datang meminang, tahap darah korang akan melampau-lampau naiknya...lumrah manusia...tapi jangan nampak sangat...mana lah tau kan, rombongan tu untuk adik korang...or orang tersalah parking kat rumah korang...kan dah malu...tapi aku rasa zaman sekarang ni...rombongan meminang pun dah plan awal-awal kan?

2) DUDUK DALAM BILIK DIAM-DIAM

ni lagi satu, ada satu tabiat..dah tau orang nak datang meminang....time tulah korang haus...time tulah korang nak pergi toilet...time tulah korang nak borak dengan kawan-kawan korang sampai orang yang tengah bincang kat luar tu pun boleh lari focus..AMARAN ya....kepada sesiapa yang berani melakukan begini...

3) SEDIAKAN MINUMAN

bakal mak mertua ni dah tak macam dulu-dulu..siap suruh masak nasi dagang lah...pasembor lah...dodol lah...anyam ketupat lah....aku rasa mak mertua zaman sekarang ni..cukuplah sekadar dia dapat rasa air minuman yang korang buat untuk dia...itupun dah cukup berharga kot...MAYBE ok..bukan CONFIRM...jangan korang excited sampai buat air boleh kaki dah lah...tersedak mak mertua korang nak dapat menantu yang HANTU GULA...

4) HIDANGKAN AIR DENGAN PENUH SOPAN

time korang nak hidangkan air tu...jangan la korang halakan bumper korang yang cantik debom tu kat muka para tetamu atau mak bapak korang sendiri...kita kan ada budaya...budaya kita cantik maaaa...tak salah sopan santun even sekejap pun...

5) JANGAN NAK MENYAMPUK! JAUHI MENYIBUK!

hhahaaaa...ini yang paling menyakitkan hati. jangan pernah sesekali terlintas pun dalam kepala otak korang untuk masuk dalam diskusi family...even korang dan pasangan dah rancang 50ribu sekali pun..korang tau kan...once korang menyampuk...korang akan nampak BURUK PERANGAI depan mak mertua korang tuh..rilek la beb, tak dapat hantaran mahal pun takpe...korang bukan nak jual diri kan? ~_~

ok lah! aku nak dengar lagu..mana tau dapat inspirasi lagi nak menulis for today ke kan? hahahaaa..
Chekidauttt..




. . . dan sesaat aku terdiam . . .

Hello! Hello!
Harini hati aku terpanggil nak tulis entry ni...tak tau kenapa...bagaimana.....jari ni laju menaip...mungkinkah? alhamdulillah.....

Bukan salah ibu-bapa kalau semua ini terjadi....tapi??
aku sendiri tiada jawapan yang pasti....

 
Kanak-kanak dinegara kita....main kahwin-kahwin...
aku pun dulu macam ni jugak! hahahahaa...
bila dah besar ni....aku termenung sendiri....

.
.
.
.
.
.
.



Kanak-kanak dipelestin, bermain mati-mati jihad...
ini yang mereka inginkan..ini yang mereka terapkan....


P/S: perjalanan aku masih panjang.....tapi aku sendiri tak pasti berapa panjangkah perjalanan ini.

Tuesday, 10 July 2012

. . . Kisah Hup Seng & Milo . . .


*Gambar diatas menunjukkan betapa susahnya aku dan Cik ct dalam meniti minggu yang serba serbi susah ni :'(

"Musim hujan + Tak ada kereta" 

Merupakan sati masalah yang paling besar buat kami berdua..nak naik motor Cik ct..hujan taknak berhenti,kami terpaksa melupakan niat kami untuk merempit dipagi hari...

Akhirnya kami terpaksa menelefon Cik Amoi untuk mengambil kami dirumah masing-masing..credit to Cik Amoi...

Lepas tu tak sempat nak singgah tapau breakfast, nasib baik Pantry office ada stok milo and biskut..kalau tak hari-hari kami akan dipenuhi dengan acara "termenung" akibat kelaparan yang melampau....
 

Dalam susah macam ni, kita boleh tahu mana kawan dan mana hi-hi bye-bye...

Entry ni juga merupkan entry peribadi yang aku saja nak tulis untuk berkongsi dengan reader...sorry la kalau korang menyampah..tapi ni je cara untuk aku berterima kasih dengan Cik Amoi & Makcik ct....

Ok,sekian. 
aku nak makan biskut diatas....

. . . fakta bila putus cinta . . .


Hello geng's~

Setelah beberapa jam melakukan kajian diruaangan mukabuku & burung bersiulan tak kurang juga dilaman sosial ym,skype,msn etc..

96% kawan-kawan dalam list mukabuku aku pernah putus cinta..cara baik atau cara menyebelkan..itu aku tak ambik port lah..kang tak pasal-pasal kena chop minah propa..

1) Peratusan pengunaan alasan yang diguna pakai untuk memutuskan hubungan :-

  • 50% "maaf,kita tak serasi..awak ada jalan awak...saya dengan jalan saya"
  • 10% "aku dah serabut tengok muka kau..i dah nampak sinar bahagia antara kita"
  • 10% "awak terlalu baik untuk saya"
  • 10% "i nak taubat..couple ni haram"
  • 5%   "bau badan kau kuat, aku tak larat nak belikan deodorant untuk ko"
  • 5%  "dan lain-lain"
2) Lagu tema untuk putus cinta, macam-macam lagu aku dengar...untuk lelaki dari zaman "mahligaimu dari air mataku" ke "jujur" sampailah ke "lagu dadali band" sorry beb, aku lupa tajuk lagu dadali tu.. kalau girl pulak... "pelamin anganku musnah' aduhhh..letihhhh mak!

3) Jumlah berapa kali putus cinta bagi perempuan seperti aku..hahahahaa...boleh dikenalpasti dan dikira sendiri melalui pemerhatian sekerap mana mereka menukar no telefon..

"10:5"

 4) 3 daripada 5 perempuan pernah couple balik dengan ex-bf dia..dengan alasan "everybody deserved 2nd chances" lepas tuh...putus balik...pastu merana balik....aku pun pernah buat macam tuh..sekali je ar...pesanan aku...jangan jadi bodoh kalau tak yakin..tambah-tambah kalau bf korang tu jenis banyak kepala..sana sini nak pasang. :)

5) Bila putus cinta, 89% akan guna ayat ni..tak kira lelaki atau perempuan,memang annoying gila! seriously...mintak dijauhkan aku terguna ayat macam ni...

"aku tak boleh hidup tanpa dia"

Selama mak kau lahirkan kau, mak dia lahirkan dia sebelah katil mak ko ke? aku rasa mustahilkan?dari zaman tadika,sekolah rendah sampai keasrama menengah..ko boleh je idup kan?and aku rasa ko hidup sampai sekarang kan?
 

P/S: berapa banyak kali aku putus cinta pun aku tak ingat... =)

Monday, 9 July 2012

. . . Bila Ramadhan Menjelma . . .

Salam reader! dipetang yang agak suam-suam kuku ni...cuaca yang tak menentu..awan berarak meninggalkan serpihan-serpihan daun yang sedang enak bertaburan....
(bahasa pujangga youuuu...)

Seperti yang korang semua tahu,bulan puasa akan tiba lepaaasss tuh....RAYA!!!!
yeah..kepada sesiapa yang tak ganti puasa lagi tuh..sila-sila lah ganti ya...kalau dah sampai tahun depan..aku rasa korang dah tak larat nak mengganti.. ~_~

Time bulan-bulan pose...apa yang korang ingat? hahahaha...

PENGUMUMAN ANAK BULAN RAMADHAN

Ini yang pertama,dari aku kecik sampailah sekarang...pakcik ni lah yang aku tggu,even tiap-tiap tahun muka sama..tapi tak boring..nenek aku ajar aku..
"macam mana sibuk pun kita,kena tengok pengumuman puasa..takut tahun depan xdapat tengok dah"
wahhhh....sedih lak tetibe, kepada Puan nenek...dont worry...sejak nenek tinggalkan akak..tak pernah sekali pun akak lupa tengok pengumuman ni...ok, stop..nanti aku nagis karang...


JEJAL RASUL KAT TV3


Inilah rancangan yang paling berpekdah dan boleh melupakan rasa kelaparan dan kehausan aku masa kecik-kecik dulu, feeling tengok jejak rasul ni kira boleh kalah lah ustazah aku yang mengajar subjek SIRAH kat sekolah agama dulu...ni legend weh....hope so, this ramadhan TV3 maintain rancangan ni...better dari tengok rancangan masak-masak yang boleh buat aku rasa nak berjalan pergi kepeti ais meminum air soya yang tengah sejuk mengoda....fuhhhh..

IKLAN HO HO HO! HORLICK ;')

 
Korang mesti pernah tengok iklan Liza Hanim kan? cute gila iklan tu..nampak macam 'happy family' amin....tetapi! kerana iklan tu juga lah...adik aku jadi over demand...ditolaknya milo aku mentah-mentah..pelbagai alasan yang diberikan dapat kutepis dengan padu..sehinggalah...
"kakak, bibi tu kan adik..ikutkan je, dia pun baru nak belajar puasa"
Cehh! guna politik....so,tugas aku pada setiap ramadhan adalah membancuh air horlick dan kemudian bertukar posisi ketangga sampai memegang jug air berisi horlick...tujuan?nak bagi bau horlick tu masuk kebilik "bibi"..annoying kan? well,pengorbanan oke..bukan senang jadi kak yong...

And the last one, korang pernah dengar tak 
"time bulan pose,setan kena kurung..hantu kena kurung.."
yeahhh..itu jugak lah yang aku pegang sampai hari ini, nak kata mitos tak jugak sebab ada hadis yang sahih menyatakan kan...
 
Banyak lagi yang aku tak masukkan...Bazar ramadhan..mercun...meriam buluh vs meriam besi...tarawih...selipar kena curik....orang tagged-tagged gambar baju kurung,shawl,kuih raya etc kat facebook...letih aku nak remove wehhh...aku appreciate tapi jangan lah over sangat ya?

:: THIS IS FOR YOU GUYS ::


P/S: Selamat menjalani ibdah puasa, tahun ni aku berazam takkan melangkahkan kaki kebazar...takut berlakunya pembaziran... <(~_~)>

Friday, 6 July 2012

. . . Mamak stall or ? . . .

Today entry aku nak tulis pasal "KEDAI MAMAK"..

. . . KENAPA AKU PILIH KEDAI MAMAK . . .


Yeah...aku mengaku ramai kawan-kawan aku yang pelik....

"ang ni pompuan! pi balik lepak rumah,tolong mak ang masak lagi bagus..dari ang dok kat sini"

Oppppssss..bahasa anda memang agak kurang sopan kerana beradanya saya disini,sana atau dimana-mana atas kebenaran Incik Babah & Mem Besau! So,suka hati akulah..aku nak lepak 8jam sehari ke...masa aku,duit aku...ishhhh....tak kurang pula dengan kata-kata sebegini..

"alin,kenapa kau suka sangat makan kat kedai mamak? kan best makan tomyam ke..."

Tet! tomyam pedas ok..aku ni tak boleh makan pedas..if makan pun cuit-cuit makcik CT nye...dah favourite aku makan kat mamak...ok, nak tau kenapa aku suka makan kat mamak?


MENU

Korang perhati kat kedai mamak...korang tengok betul-betul...betapa rapinya susunan menu yang disediakan,harga yang berpatutan dan agak kurang mengecewakan...

MASA

Once melangkah masuk je kedai mamak, confirm ada baia yang terkial-kial mengejar korang...ikut korang kehulu kehilir mengalahkan korang tu Paris Hilton. baru nak duduk and tarik nafas..
"minum apa bos?"
hahahah...kalau tak caye..cuba lah korang masuk kedai mamak mana-mana pun...service sama dimana-mana...

LAYANAN

Al maklumlah...untuk orang yang agak cerewet macam aku ni..aku suka mengambil masa yang panjang untuk pemilihan menu...kalau aku pergi kedai tomyam, aku perhatikan muka adik-adik yang ambik order tu...macam nak makan aku je..kedutan didahi pulak seakan-akan menulis..

"lembab r pompuan ni!"

Ye,aku seorang yang cepat terasa kadang kala...bukan selalu kala ok...
Manakala bila berada dikedai mamak, baia-baia itu akan menunggu dengan penuh senyuman dan tertib walaupun didalam hati mereka

"^%&%&^%!@#^(!(@^!&(#%!#!(!^&!&"
mana aku paham dorang cakap bahasa dorang kan? ;'(

WIFI FREE

hahahaaaa...ni jugak salah satu tarikan untuk aku lepak disana,tambah-tambah time study dulu...if broadband dah kena block,di kedai mamak lah tempat aku mengadu nasib..thanks mamak!

24 HOURS

Paling terbaik...port cantik...makanan sedap...apa lagi kan? kedai melayu selalunya open 12hours je kan? sebab nak save gaji staff katenye....bagi aku,time malam buta lah ramai anak muda yang kelaparan...terutama macam aku ni...aku memerlukan makanan apabila perasaan kecewa,tertekan dan terlalu gembira melanda..

Aku dah! korang macam mana? if korang ada nak tambah pape..or nak cuci aku..dipersilakan...masing-masing ada pendapat kan...

Oklah, chekidautttt..