Wednesday, 25 July 2012

. . . 10 perkara yang buat aku geram . . .


 Hye Reader..
Alhamdulillah....dah masuk ramadhan ke enam...aku masuk je office, aku nampak gambar kat fb yang buat aku macam excited nak tulis entry hari ni....opsssss..panjang lebar lak introduction aku...

Entry hari ni nak citer pasal "10 rude malaysian habit" seriously, bila tengok gambar ni...aku geram sorang-sorang...ntah lah! maybe aku memang selalu jumpa dengan orang yang ada "ugly habits" ni...

kita bermula dengan :-

10) Being late.
* Salah satu tabiat yang boleh buat orang marah dan juga boleh menjatuhkan air muka sendiri.
Sebagai manusia aku rasa kita patut "punctual" supaya orang lain juga menghormati kita. aku punya perangai, aku tak suka tunggu orang dan aku pun tak suka buat orang tunggu aku. Muktamad!

9) Lepas tangan.
* Ok, ni lagi satu sikap.pengguna dipasaraya besar seperti Jusco, Tesco, Carefour dan lain-lain. Kemudahan troli digunakan, tapi tak pandai nak berterima kasih. aku tau memang lah ada 'bangla' akan tolong kutip troli-troli tu but tak salahkan kalau kita letak troli tu ditempat yang betul. bukan berseoah-sepah ditempat parking? kan?

8) Ucapan terima kasih (THANKS)
* Orang buat baik, tolong kita dan bantu kita. bagi kita senang, apa salahnya cakap "thanks" bukan susah pun..if nak cakap "terima kasih" tu macam panjang sangat, cakap je "thanks" mudah dan ringkas kan? bukan kena bayar pun nak cakap "thanks" tu.....

7) Tutup pintu lif
* Hurm....kalau aku memang aku sound orang macam ni, pernah sekali tu..mem besau pergi ke satu building gov. and lift cuma ada 3 orang jew..aku rasa lift tu boleh naik dalam 15orang...mem besau sikit punya berlari-lari suruh orang tu tunggu....dengan selamba orang tu tutup pintu lif padahal dorang nampak and pandang mem besau yang boleh dipanggil aunty sedang berlari ke pintu lift! wadefak r...aku jumpa ko...memang aku kepit kepala kau kat pintu lift tu.... PERANGAI MACAM ^%&^!%#&!%#% NI PUN ADOOOO?

6) Gangguan telefon bimbit
* Yeah...ini lagi satu makhluk, kat office aku ni sebagai contoh...punya bising and suk sibuk pasal dept. aku pasang radio....TAPI! sekali handphone dia bunyi...baby dalam perut pun nak tutup telinga ok...seriously aku tak TIPU...kepada ang yang tak sedar diri, silalah perlahankan volume ringtone anda yang macam **&^(*)(*%^^&*!! tuh... aku mintak tolong sangat-sangat..

5) Penumpang LRT/BAS
* If kita naik LRT/BAS kita akan nampak sign board

"sila bagi laluan penumpang untuk turun dahulu"

adakah ianya terlalu susah untuk mematuhinya? demi keselamatan diri masing-masing kan?if ikut apa yang singboard tu cakap..insyaAllah...tak ada apa-apa yang buruk akan jadi...bagi laluan kat orang...jangan nak berebut-rebut....

4) Keutamaan bagi perempuan mengandung & Warga Emas.
* Dalam tv kan selalu keluar iklan, bagi keutamaan kat dua golongan ni..tapi aku tengok, ada jewp yang buat muka tak bersalah bila nampak nenek-nenek yang kat tangan penuh dengan barang tapi kena berdiri padahal sebalah nenak tu remaja umur 20++ ergh!

3) Parking ku dicuri!!!
* Aku dah bagi signal, sikit punya cantik...tiba-tiba ada pulak satu kereta ni dengan selamba cross aku dan masuk ke parking yang aku tunggu lama tadi tu...sabar jela weh....if mem besau tak ada sebelah aku, memang kena dah orang tu..kalau korang kena macam ni..apa korang nak buat?

2) Sila tengok signboard "DILARANG"
* Masalah yang agak besar jugak bagi aku, terutama dekat petrol pump....kebetulan kereta aku bersebelaha dengan kereta pakcik ni....dah lah enjin tak tutup...itu memang dah teruk....lepas tu dia bantai bergayut! selamatkan aku ya allah (sepanjang aku tengah isi minyak) yang paling aku rasa nak terajang muka pakcik tu...dia slumber keluarkan rokok and smoking....aku buat muka ketat masa dia pandang aku dengan penuh senyuman 'bodoh' dia.... kepada pakcik "pakcik,saya tahu pakcik hidup dah lama, tapi saya baru hidup 22 tahun pakcik...tolonglah pakcik....."

1) Memandu dengan bahaya.
* Aku rasa ini adalah benda yang paling-paling aku sakit hati sekali tahap dewa la.....aku rasa semua orang yang ada lesen kereta tahu cara pemanduan kereta kan?macam mana nak potong kan?memotong disebelah kanan kan? bukan kiri kan? pastu if nak tukar lorong kena bagi signal first la brader! wa tau lu terer bawak kereta tapi lu jangan nak bahaya kan nyawa gua sekali brader! haish...lepas tu bila jem, ada pulak yang tak reti sabar....asyik nak main hon jew....letih aku weh bawak kereta kat area jem ni....baik aku jalan kaki lagi bagus...

P/S: thanks to the pic yang bagi aku inspirasi for tulis entry today. credit to En google.

No comments:

Post a Comment